Ramai yang pasti menyimpan impian untuk bertemu dengan selebriti atau artis kegilaan kita di pasar malam, di pusat beli-belah atau mungkin ketika menunggu lampu isyarat.

Pada Julai tahun lalu, seorang gadis mengalami hari yang paling bertuah sepanjang hidupnya apabila berpeluang untuk duduk bersebelahan dengan pemuzik kegemarannya.

Malangnya, gadis bernama Alicia ini langsung tidak menyedari akan kehadiran pemuzik yang dikenali sebagai Dotan itu.

Dotan, 31 tahun yang merupakan penulis lagu dan penyanyi bagaimanapun telah mengongsikan detik lucu itu dengan semua pengikut Twitternya. Menurut Dotan, dia sedang berada di dalam penerbangan dan menyedari gadis muda yang duduk di sebelah sedang mendengar lagu-lagunya.

“Ok… Sekarang saya di dalam penerbangan (helo wifi mahal) dan gadis di sebelah sedang mendengar album saya. Setiap lagu.”

Kredit: Choice

Mereka berbual namun Dotan mendapati Alicia langsung tidak mengenali dirinya. Malah, situasi menjadi agak kekok bagi pihak Dotan setelah Alicia menanyakan tentang pekerjaan Dotan.

“Saya beritahu dia bahawa saya membuat muzik… masih belum berikan petunjuk sebenar. Saya biarkan dan dia terus mendengar lagu-lagu saya.”

Semasa dalam perjalanan, mereka masih berbual seperti biasa. Namun, Alicia tetap tidak menyedari identiti sebenar jejaka kacak di sebelahnya.

Dotan bertanya:

“Macam mana awak tahu lagu yang awak dengar itu?”. Balas Alicia, “Saya mendengarnya ketika menonton rancangan kegemaran saya. Lagu ini membuatkan saya tenang dan selesa.”

Perkara yang lebih kekok adalah apabila Alicia turut meminta Dotan untuk mendengar lagu-lagu hasil karyanya sendiri! Nampaknya Alicia benar-benar tidak tahu siapakah gerangan Dotan yang sebenarnya.

Dotan kemudian meminta para pengikutnya memberikan cadangan tentang bagaimana cara untuk membuatkan Alicia sedar akan perkara itu.

Ketika itu, salah seorang netizen mencadangkan agar Dotan meninggalkan sekeping nota istimewa buat gadis itu.

“Tinggalkan nota kepadanya apabila awak keluar dari pesawat dan minta dia untuk membacanya apabila tiba di rumah,” cadang seorang pengguna Twitter bernama Helga van Leur.

Kredit: wikiHow

Dotan menuruti cadangan berkenaan dan beberapa hari kemudian, dia menerima satu emel daripada Alicia. Dalam emel tersebut, Alicia telah meminta maaf kerana langsung tidak mengenali Dotan walaupun pemuzik itu sudah memberikan beberapa klu.

Jelas Alicia, dia tidak pernah mencari Dotan menerusi internet kerana lebih cenderung untuk meminati muzik berbanding artis itu sendiri. Malah, Alicia turut menyangkakan Dotan bukanlah pemuzik solo sebaliknya bergerak bersama kumpulan muzik.

“Saya dan ibu teruja untuk datang ke persembahan awak pada musim luruh nanti. Saya tidak percaya awak sangat bermurah hati untuk memberikan kami tiket konsert walaupun saya tidak mengenali awak.”

Kredit: UK Mix

“Teruskan mencipta muzik yang indah dan kekal rendah diri. Saya janji kepada awak perkara ini tidak akan berlaku lagi.”

Peristiwa ini pastinya akan menjadi lebih indah sekiranya Alicia mengenali Dotan. Pasti dia akan menjerit-jerit di dalam pesawat itu.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds