Sentiasa berasa was-was apabila membeli tauge di pasar atau di pasaraya? Rasanya selepas ini anda tidak perlu lagi menyusahkan hati untuk berasa bimbang kerana memikirkan sumber tauge yang dibeli dengan harga hanya beberapa ringgit atau sen itu.

Apa kata anda menanamnya sendiri di rumah. Cara membuatnya amat mudah, dengan hasilnya yang bersih dan lebih segar, hasil perkongsian idea Puan Junainah Sahrudin.

Dalam masa tiga hari anda sudah boleh menuai tauge hasil buatan tangan sendiri di rumah. Ikuti cara mudah ini dibawah.

Bahan-bahan

Kacang hijau

Bekas penapis

Tuala bersih

Tong simpanan

Kredit :  steemit.com

Cara-cara

1. Rendam kacang hijau di dalam air sehingga kembang. Rendam pada pukul 10 pagi dan pada waktu awal malam, anda sudah boleh menyediakan bekas.

Kredit : recipeyoum.co.au

2. Sediakan penapis dan letak tuala basah di atasnya. Potong tuala mengikut saiz bekas dan kemudian taburkan kacang hijau tadi di atasnya.

3. Ulang langkah nombor 2. Tutup lapisan kedua pula dengan tuala basah. Kini sudah ada lapisan kacang hijau yang bertindan di antara satu sama lain yang tertutup dengan tuala basah.

4. Masukkan penapis tadi ke dalam tong simpanan. Seeloknya tong berwarna hitam dan jangan kenakan ia kepada cahaya. Simpan penapis ini di tempat yang gelap.

5. Siram benih tauge ini sekali dalam masa 6 hingga 7 jam. Bermakna anda perlu menyiram benih tauge ini sebanyak 4 kali dalam masa 24 jam supaya mendapat hasil tauge yang sihat,  segar dan cantik. Buangkan air yang bertakung setiap hari.

6. Ulangi proses menyiram sehingga hari ketiga apabila tauge sudah bercambah dengan cantik dan ia boleh dituai. Buang akarnya dan kulit kacang hijau dengan membasuh tauge ini sehingga bersih.

Anda boleh menyimpan atau terus memasaknya seperti biasa. Rasanya pasti lebih segar dan sedap.

Jadi, kesimpulannya amat mudah, anda tidak perlu membeli tauge lagi!

Dengan bahan penyediaan yang mudah dan ringkas, anda sudah boleh berjimat dengan menggunakan tauge yang segar buatan sendiri ini sebagai bahan dalam apa juga resipi masakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Puan Junainah Sahrudin / Sirap Limau 

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular

Ad will display in 09 seconds