GAYA HIDUP

7 tips berkesan untuk memilih warna gincu yang sempurna dan menawan setiap masa!

7 tips berkesan untuk memilih warna gincu yang sempurna dan menawan setiap masa!

Gincu bibir merupakan perkara pertama yang muncul dalam fikiran kita setiap kali menyebut tentang solekan. Dengan mengenakan warna gincu yang betul, wajah kita akan berubah menjadi lebih segar, ceria atau mungkin membuatkan kita kelihatan seperti wanita yang elegan.

Namun, pemilihan warna gincu yang betul dan bersesuaian dengan kulit kita adalah satu perkara yang sukar untuk dilakukan.

Kita cenderung untuk meminati warna-warna gincu tertentu setelah melihat iklan atau model cantik mengenakannya. Namun, apabila kita memakai gincu tersebut, ianya langsung tidak sesuai dengan kita. Malah, membuatkan kita kelihatan lebih kusam atau tidak cantik!

Jadi, jangan bimbang kerana kami akan kongsikan 7 tips mudah bagi membantu anda memilih warna gincu bibir yang sempurna!

#1 Tentukan tona warna kulit anda

Kredit: pixabay

Kaedah asas pertama dalam pemilihan warna gincu yang tepat adalah dengan menentukan tona warna kulit anda. Terdapat 4 jenis warna kulit wajah iaitu cerah, medium, perang (tan) dan gelap.

A) Cerah

Kredit: depositphotos.comdepositphotos.comdepositphotos.com

B) Medium

Kredit: shutterstockshutterstockshutterstock

C) Perang (tan)

Kredit: depositphotos.comdepositphotos.comdepositphotos.com

D) Gelap

Kredit: depositphotos.comdepositphotos.comdepositphotos.com

#2 Tentukan warna dasar kulit (undertone)

Kredit: shutterstockshutterstock

Terdapat 3 jenis tona warna kulit dasar iaitu:

  • Cool – Untuk warna kulit cerah, gunakan gincu bibir berwarna mocha lembut atau nude; warna kulit medium pula gunakan gincu berwarna merah jambu dan kranberi; manakala bagi mereka yang berkulit perang atau gelap pula gunakan gincu berona merah delima.
  • Warm – Bagi individu yang mempunyai kulit tona cerah, gunakan gincu berwarna merah jambu pucat atau pic, untuk berkulit medium, perang dan gelap pula gunakan warna keperangan seperti tembaga dan gangsa.
  • Neutral – Bebas gunakan tona warna yang cool atau warm.

Terdapat dua kaedah mudah untuk menentukan warna kulit dasar anda:

  • Warna urat : Jika urat anda berwarna biru dan ungu, maka jenis kulit dasar anda adalah cool. Tetapi jika urat anda berwarna hijau, jenis kulit dasar anda adalah warm. Jika anda tidak pasti sama ada urat anda berwarna hijau atau biru, anda mempunyai kulit dasar jenis neutral
  • Barang kemas : Individu yang memiliki kulit dasar jenis warm biasanya lebih sesuai memakai barangan kemas berwarna emas. Sementara itu, barangan kemas perak (silver) pula sesuai untuk mereka yang berkulit dasar cool

#3 Bentuk bibir

Kredit: depositphotos.comdepositphotos.com

  • Bibir atas tebal – Gunakan gincu yang lebih cerah pada bahagian bibir bawah dan tona warna yang sedikit gelap untuk bibir atas
  • Bibir bawah tebal – Gunakan apa sahaja warna gincu yang bersesuaian dengan warna kulit dasar. Pastikan anda meletakkan sedikit warna nude pada bahagian tengah bibir atas
  • Bibir tidak sama bentuk – Gunakan pensil bibir untuk membuat garisan luar pada bibir

#4 Saiz bibir

Kredit: pixabayshutterstock

  • Bibir nipis – Elakkan warna gincu yang gelap dan berkilau kerana warna jenis ini akan membuatkan bibir anda tampak lebih nipis
  • Bibir mungil – Elakkan warna gincu yang terlalu cerah dan berkilat serta mempunyai tekstur yang berkilau

#5 Warna rambut

Kredit: shutterstockshutterstock

  • Rambut gelap, kulit cerah – Warna gincu yang sesuai adalah merah jambu terang, ceri, scarlet dan warna plum
  • Rambut perang (blonde), kulit cerah – Merah jambu pucat (dusty pink), merah jambu keunguan, merah jambu cerah dan warna scarlet
  • Rambut gelap, kulit gelap dan tan – Warna gangsa, terracotta, ochre dan golden beige
  • Rambut perang (blonde), kulit gelap dan tan – Karamel, ochre, merah jambu gelap dan warna salmon
  • Rambut perang (coklat), kulit medium – Kuning air (beige), salmon dan merah jambu terumbu karang (coral)
  • Rambut merah, kulit cerah – Salmon, merah jambu terumbu karang (coral)terracotta dan sienna

#6 Warna mata

Kredit: depositphotos.comdepositphotos.com

  • Mata perang – Merah terang, perang dan merah jambu cerah
  • Mata biru – Warna-warna ceri dan scarlet
  • Mata hijau – Terracotta dan merah jambu
  • Mata kelabu – Warna nude dan plum

#7 Warna gigi

Kredit: depositphotos.com

  • Gigi putih – Tahniah! Anda boleh memakai apa sahaja warna gincu yang anda suka
  • Gigi kekuningan – Warna mawar, jingga, merah cair. Elakkan warna ungu, perang, scarlet dan merah

Era Baru

Kategori:GAYA HIDUP

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...