Bagi yang mempunyai rumah yang agak kecil pasti adakalanya pening kepala untuk menyusun atur perabot supaya dapat memenuhi ruang serta muat untuk meletakkan perabot lain. Ruang yang sempit dan terhad adakalanya membuatkan kita terpaksa membatalkan niat untuk mendapatkan perabot yang kita gemari kerana saiznya yang besar.

Jadi, untuk mengatasi masalah ini ada cara lain yang boleh dilakukan. Kini anda tiadak mempunyai masalah untuk mendapatkan meja makan idaman anda. Apa yang penting set meja tersebut tetap dapat dipasang dan selesa digunakan. Set meja tersebut bukan sahaja fleksibel malah dapat menjimatkan ruang.

Anda boleh menyimpannya semula ke dinding jika tidak mahu digunakan jadi ruang rumah anda kelihatan lebih luas dan anak-anak anda akan lebih selesa untuk bermain tanpa risau jika mereka akan terlanggar meja atau mana-mana kerusi.

Perkara yang paling penting ialah reka bentuk set meja tersebut adalah lebih mudah, praktikal dan cantik. Untuk menutup bahagian dinding yang digunakan anda juga boleh menghasilkan lukisan yang cantik. Siapa sangka di sebalik lukisan itu sebenarnya ada sebuah set meja yang sangat fleksibel!

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds