NASIONAL

Anda tidak layak mengundi jika anda mendaftar sebagai pengundi pada tahun 2018

Anda tidak layak mengundi jika anda mendaftar sebagai pengundi pada tahun 2018

KUALA LUMPUR  – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menjelaskan bahawa sesiapa yang telah mendaftar sebagai pemilih pada tahun 2018 adalah tidak layak untuk mengundi pada pilihan raya ke 14 yang akan diadakan pada 9 Mei kelak. Hal ini kerana butiran pemilih hanya dikemas kini sehingga suku keempat tahun 2017.

NST

Menurut Pengarah SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, berkata sehingga tempoh tersebut, seramai 14,940,624 orang yang telah mendaftar sebagai pemilih. Wakil SPR juga ada menjelaskan kepada Malaysiakini bahawa individu yang mendaftar pada tahun ini tidak layak mengundi kerana suku pertama garis pemilih masih belum digazetkan.

Azhar Ramli / NST

Awal tahun ini, The Star ada melaporkan bahawa rakyat Malaysia yang mendafar sebagai pemilih bermula pada 1 Januari hingga 31 Mac tahun ini layak mengundi pada pilihan raya yang akan dijalankan pada pertengahan bulan Mei. Sungguhpun pendaftaran sebagai pemilih boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, namun ia hanya boleh dikemas kini setiap tiga bulan. Di samping itu, ia biasanya mengambil masa enam hingga lapan minggu untuk SPR mengesahkan kemas kini setiap suku tahun.

My News Hub

Tambahan pula, nama individu yang telah mendaftar pada suku pertama tahun 2018 hanya akan ditambah pada suatu masa (antara pertengahan hingga akhir bulan Mei).

Jika anda tidak pasti sama ada anda layak untuk mengundi pada pilihan raya ke 14, anda boleh menyemak semula status anda pada laman web rasmi SPR atau menerusi aplikasi telefon MySPR, atau SMS pada 15888, atau menghubungi talian 03-8892 7018 bermula 16 April ini.

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...