GAYA HIDUP, Pendidikan

Akibat sambung banyak plag dalam satu ‘extension’, wanita ini dan keluarganya hampir diancam bahaya!

Akibat sambung banyak plag dalam satu ‘extension’, wanita ini dan keluarganya hampir diancam bahaya!

Kita sedar tindakan menyambung pelbagai perkakas elektrik pada satu soket boleh menyebabkan renjatan elektrik ataupun kebakaran. Namun, masih ramai daripada kita yang mengambil mudah akan perkara ini.

Mengapa? Kerana kejadian buruk belum lagi berlaku kepada diri kita.

Menggunakan plag sambungan (extension) untuk pelbagai peralatan elektrik seperti pengecas telefon, televisyen, kipas, periuk nasi dan sebagainya merupakan perkara yang dilakukan oleh kebanyakan dari kita.

Kredit: Iluminasi

Tetapi, mulai sekarang, berhentilah daripada berbuat demikian.

Seorang pengguna Facebook bernama Zulaikha Ali  MAMA Dan Anak telah kongsikan pengalaman peribadinya mengenai isu ini. Menurut Zulaikha, sewaktu dia dan suaminya ke rumah lama mereka untuk memindahkan barangan ke rumah baharu, mereka telah memeriksa plag elektrik yang selama ini mereka gunakan.

Pada ketika itu, alangkah terkejutnya mereka setelah mendapati plag berkenaan sudah mencair dan hangus!

Kredit: Facebook/MAMA Dan Anak

Bayangkan jika ianya dibiarkan dengan lebih lama, mungkin akan tercetusnya letupan atau kebakaran di rumah itu yang boleh membahayakan keselamatan mereka sekeluarga.

Jelas Zulaikha, Extension ini kami sambung ke soket utama. Silapnya kami tak sedar bahawa kami sambungkan pemanas air yang suisnya sentiasa dihidupkan 24 jam ke extension”.

Sekadar mengecas telefon bimbit untuk dua ke tiga jam sahaja pun kita dapat merasakan kehangatan peranti cas tersebut inikan pula jika plag dipasang secara berterusan.

Kredit: Facebook/MAMA Dan Anak

“Belum tambah lagi kat situ kami cas telefon, guna periuk nasi dan juga ketuhar (jarang guna). Kalau dikira-kira, selama lebih 2 tahun kami di situ, lebih kurang tempoh itulah ianya sentiasa terpasang”.

“Kalau balik kampung dan berjalan jauh memang akan tutup suis dan cabut wayar. Tapi sejak Ramadhan tahun lalu dah jarang berjalan jauh. Jadi, kami tak perasan pun yang plag ini dah cair.”

Semoga perkongsian Zulaikha ini akan dijadikan sebagai pengajaran untuk kita semua agar lebih berhati-hati dalam menggunakan extension yang disambungkan pada soket. Nasib baik Zulaikha dan suaminya menyedari akan hal ini lebih cepat dan mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Sumber: Facebook/MAMA Dan Anak

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...