KUALA LUMPUR – Sempena hari mengundi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), kerajaan persekutuan mengisytiharkan tarikh 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

Sebelum ini, tarikh mengundi yang jatuh pada hari bekerja hanya membenarkan majikan untuk memberi tempoh sekitar dua jam kepada pekerja masing-masing untuk turun mengundi.

Kredit: MalaysiaKini

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan baharu yang memberikan cuti khas kepada semua pekerja warganegara Malaysia bagi membolehkan rakyat melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

“Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan”.

Kredit: MalaysiaKini

Keputusan ini dibuat setelah majoriti rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati masing-masing tentang kesukaran untuk mengundi memandangkan hari mengundi jatuh pada hari Rabu.

Sementara itu, bagi Sabah dan Sarawak pula, Kerajaan-Kerajaan Negeri diminta untuk mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh berkenaan mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Sumber: Bernama

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds