Kita semua sedia maklum mengenai tarikh rasmi pengundian bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) iaitu 9 Mei ini yang jatuh pada hari Rabu manakala hari penamaan calon pula jatuh pada hari Sabtu, 28 April.

Berikutan itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) iaitu Datuk Shamsuddin Bardan telah mengeluarkan kenyataan yang meminta majikan untuk memberikan tempoh munasabah kepada para pekerja agar mereka boleh menunaikan kewajipan terhadap masa depan negara.

Kredit: HR Asia

Dalam erti kata lain, majikan tidak diwajibkan untuk memberi cuti khas kepada pekerja masing-masing tetapi masih perlu memberikan tempoh sehingga dua jam bagi membolehkan pengundi berdaftar untuk turun mengundi meskipun ianya diadakan pada hari bekerja.

“Sebaliknya tempoh masa bersesuaian dan munasabah antara satu hingga dua jam boleh diberikan. Contohnya masuk pejabat lewat sedikit untuk mengundi pada sebelah pagi, menggunakan waktu rehat atau pulang awal dari pejabat sebelum pusat pengundian ditutup”.

Tambahnya lagi, mana-mana majikan yang menghalang pekerjanya untuk keluar mengundi boleh disabitkan kesalahan dan dikenakan denda sehingga RM5,000 atau dipenjara selama setahun sepertimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Kredit: NST

Di samping itu, majikan juga tidak boleh membuat potongan gaji atau mengenakan sebarang bentuk penalti kepada pekerja dalam tempoh munasabah yang diberikan itu.

Tetapi, bagaimana pula dengan individu yang masih mengekalkan lokasi mengundi di kampung halaman masing-masing sedangkan telah lama menetap di tempat lain?

Bagi pengundi yang bekerja jauh dari negeri asal merangkap lokasi pengundian, ia tidak wajar ditanggung oleh majikan memandangkan pengundi sepatutnya mengemas kini lokasi pengundian mengikut alamat tempat tinggal yang terkini.

“Dalam hal ini, pekerja perlu sedar bahawa sekiranya dua jam pelepasan diberikan, syarikat sudah pun kehilangan kira-kira 25 peratus produktiviti kerja”.

Kredit: Malay Mail Online

Tambah beliau lagi, pekerja diberi pilihan lain iaitu dengan mengambil cuti tahunan bagi memudahkan mereka membuat perjalanan pulang ke kampung untuk mengundi tanpa perlu tergesa-gesa kembali semula ke pejabat.

Sumber: Harian Metro

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds