Jenama sukan terkenal, Adidas dilaporkan bakal menutup beberapa butik mereka di seluruh dunia tetapi keputusan ini bukanlah dibuat atas faktor persaingan tetapi disebabkan ingin fokus kepada pemasaran secara atas talian.

Kredit:  The Vocket

Menerusi satu temubual dengan Financial Times, ketua eksekutif Adidas iaitu Kasper Rorsted memaklumkan penutupan butik-butik ini dijangka akan lebih banyak dilakukan beberapa tahun akan datang bagi meningkatkan penjualan menerusi atas talian.

Kredit:  The Vocket

“Laman sesawang kami adalah yang paling penting di dunia. Kami mengutamakan bila kami menggaji, bila kami memperuntukkan sumber dan bila kami bina infrastruktur”.

Bagaimanapun, syarikat pakaian sukan gergasi ini tidak menyebut butik atau cawangan mana yang akan ditutup. Rorsted hanya memaklumkan akan memperuntuk sejumlah RM4.2 bilion bagi menaik taraf perkhidmatan operasi digital mereka.

Kredit: Marketing Deportivo MD

Tahun lalu, syarikat Adidas berjaya memperoleh sejumlah RM7.59 bilion bagi jualan secara atas talian dan jumlah ini dikatakan mencatat peningkatan sebanyak 57%.

Walau bagaimanapun, pihak Adidas tidak berpuas hati dengan amaun berkenaan dan bercadang untuk menggandakan jualan atas talian menjelang tahun 2020 kepada RM18.99 bilion.

Kredit:  shutterstock

Justeru, langkah pertama untuk mencapai matlamat baharu itu adalah dengan menutup beberapa cawangan di seluruh dunia. Tambahan pula, trend pembeli zaman ini yang cenderung untuk membeli-belah menerusi pasaran online membuatkan Adidas lebih yakin untuk mengembangkan jualan secara online.

Kredit:  The Vocket

Bagi para peminat Adidas, inilah masanya untuk anda mula berjinak-jinak di dalam dunia pasaran online bagi mendapatkan barangan jenama ini sebelum butik-butik di sekitar anda mulai ditutup!

Sumber: The VocketWorld of Buzz

Era Baru

Share
Kategori: GLOBAL Korporat

Video Popular

Ad will display in 10 seconds