PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menentapkan 9 Mei sebagai tarikh untuk pilihan raya umum ke-14 negara (PRU14).

 mynewshub.cc

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah hari ini turut mengumumkan tarikh utama PRU14, selepas mempengerusikan mesyuarat khas yang berlangsung selama dua jam.

“Untuk pengundian awal, tarikh itu ditetapkan pada 5 Mei. Tarikh penamaan calon akan diadakan pada 28 April,” katanya.

Setiap parti politik yang bertanding mempunyai tempoh selama 11 hari untuk berkempen.

Menurut SPR, terdapat hampir 15 juta pengundi berdaftar untuk pilihan raya kali ini.

Seperti yang dilaporkan oleh New Straits Times pada 6 April lalu, sejumlah 14,806,185 orang telah mendaftar sebagai pengundi dengan SPR pada suku ketiga 2017.

Dalam PRU14, sebanyak 222 kerusi Parlimen akan dipertandingkan manakala 505 kerusi negeri pula menjadi rebutan di seluruh negara kecuali Sarawak, kerana ia telah pun mengadakan pilihan raya negeri pada 2016.

Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen, yang berkuat kuasa pada 7 April.

Sumber: NST

Era Baru

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds