Semua mengetahui protein memainkan peranan penting dalam memastikan tubuh badan berfungsi dengan baik. Sekiranya anda kekurangan protein, tubuh badan akan menerima akibat.

Kajian yang dijalankan mendapati seramai 1 bilion manusia di seluruh dunia mengalami kekurangan protein. Jumlah itu meliputi kawasan Afrika Tengah dan Asia Selatan dengan 30% kanak-kanak mengalami masalah kekurangan protein.

Bagaimana anda boleh mengetahui tubuh badan mengalami kekurangan protein? Di bawah adalah tanda dan simptom yang boleh dikaitkan dengan kekurangan protein.

#8 Sentiasa berasa lapar

Kredit :  depositphotos

Anda sentiasa berasa lapar dan selalu mengidam untuk memakan pelbagai makanan dan snek tidak mengikut masa. Ini mungkin disebabkan anda mengambil makanan dengan kandungan protein yang rendah tetapi tinggi kandungan kalori, karborhidrat dan gula.

#7 Sakit pada bahagian otot dan sendi

Kredit :  depositphotos

Penyimpan protein terbesar dalam tubuh badan ialah pada bahagian otot. Apabila bahagian otot dan sendi menjadi lemah dan tidak bermaya, ini bermakna anda mengalami kekurangan protein.

Kajian mendapati masalah ini sering terjadi kepada golongan warga tua. Oleh itu, protein adalah nutrien terpenting dalam proses tumbesaran otot dan pemulihannya.

#6 Masalah kulit dan kuku

Kredit :  Shutterstock

Kekurangan protein akan menyebabkan bahagian kuku anda menjadi lemah dan rupanya tidak rata dan licin dengan kadangkala terdapat bintik putih dan keperangan pada bahagian kuku.

Bahagian kulit juga menerima kesan. Apabila protein dibekalkan dengan mencukupi, ia membentuk sel kulit yang baru. Jika kekurangan protein, anda akan mendapati kulit akan menjadi kering, mengelupas dan merekah.

#5 Masalah keguguran rambut

Kredit :  depositphotos

Rambut anda diperbuat daripada 90% protein yang dikenali sebagai keratin. Apabila tubuh badan anda tidak mendapat kandungan nutrisi protein yang mencukupi, rambut anda akan menjadi nipis dan warnanya menjadi tidak bermaya. Ini kerana tubuh badan telah berhenti menggunakan protein sebagai bahan utama dalam pembekalan rambut yang sihat.

#4 Hati berlemak

Kredit : depositphotos

Hati berlemak adalah simptom biasa kepada kekurangan protein di dalam tubuh badan dan sekiranya tidak dirawat, ia akan menyebabkan penyakit berkaitan hati berlemak, keradangan , hati berparut dan kegagalan hati.

#3 Peningkatan risiko kepada tulang yang rapuh dan retak

Kredit :  depositphotos

Seperti mana juga otot, kekurangan protein juga boleh memberi kesan kepada pembentukan tulang yang kuat. Jika nutrien protein berkurangan, tulang akan menjadi lemah dan rapuh sehingga boleh membawa kepada risiko tulang retak dan patah. Ini kerana protein diperlukan dalam penyerapan kalsium dan membantu metabolisme tulang.

#2 Gangguan waktu tidur

Kredit :  Shutterstock

Sekiranya anda menghadapi masalah terganggu dengan masa tidur yang tidak menentu, ia adalah tanda kekurangan protein. Kandungan protein dalam makanan yang kita makan bertindak sebagai bahan penghalang tryptophan , asid amino yang menyebabkan rasa mengantuk. Ini menunjukkan kita perlu memakan makanan yang tinggi kandungan protein beberapa jam sebelum masuk waktu tidur demi mendapatkan tidur berkualiti.

#1 Fungsi otak yang tidak cergas dan kabur

Kredit :  Shutterstock

Pengambilan protein yang mencukupi dalam makanan adalah perlu untuk menyokong fungsi otak berjalan dengan baik. Sekiranya anda mengalami masalah kekurangan motivasi, memori yang lemah dan kurang penumpuan dalam mempelajari perkara baru, itu adalah petanda anda kekurangan protein.

Oleh itu pastikan anda mengambil kandungan protein yang mencukupi setiap hari. Berdasarkan kajian oleh USDA, pengambilan protein yang disyorkan oleh golongan dewasa ialah 56 gram sehari bagi lelaki dan 46 gram sehari bagi wanita. Bagi kanak-kanak pula jumlah yang disyorkan ialah antara 19 gram hingga 34 gram mengikut keperluan usia. Pengambilan protein juga akan berbeza sekiranya anda hamil atau sakit.

Era Baru

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds