Tahukah anda, antara 15% hingga 25% orang di AS menderita sakit lutut, yang merupakan penyebab kedua terbesar sakit kronik. Tetapi, tanpa peratusan ini pun, kita semua ada mengalami kecederaan kecil dan keletihan dari semasa ke semasa. Oleh itu, entri ini memberi beberapa petua tentang cara menggunakan terapi fizikal yang mungkin membantu anda berasa lebih baik.

Ikuti enam langkah mudah ini untuk membantu anda yang mengalami sakit lutut, kaki dan pinggul.

Langkah 1: naikkan tumit anda

Mulakan langkah ini dengan mengambil sebuah kerusi, dan berdiri di belakangnya (seperti gambar di atas)

  • Angkat sebelah kaki anda
  • Perlahan-lahan naikkan tumit anda sehingga anda berdiri di atas hujung telapak kaki anda sahaja
  • Perlahan-lahan turunkan tumit anda
  • Ulangi langhkah ini sebanyak 10-15 kali untuk setiap kaki

Senaman ini akan menguatkan pergelangan kaki dan otot di bahagian lutut.

Langkah 2: jalan berjengket

Ini adalah satu senaman mudah yang boleh anda lakukan apabila anda berehat di rumah atau ketika anda sedang melakukan apa-apa kerja di rumah. Hanya dengan jalan menjengket (seperti dalam gambar di atas) dengan pantas— anda dapat menguatkan betis anda dan dalam masa yang sama dapat memberi senaman kecil kepada jari kaki anda dan telapak kaki di bahagian hadapan.

Lakukan senaman mudah ini selama 5 hingga 15 minit atau sehingga anda berasa letih.

Langkah 3: pusingan pergelangan kaki

Untuk pergelangan kaki yang lemah, anda boleh cuba lakukan senaman yang berikut:

  • Ketika duduk atau berdiri, angkat sebelah kaki anda
  • Perlahan-lahan pusingkan kaki anda dalam bentuk bulatan (bermula dari pergelangan kaki)
  • Ulang langkah ini sebanyak 10 kali dalam bentuk pusingan ke dalam dan 10 kali dalam bentuk pusingan ke luar untuk setiap satu kaki.

Langkah 4: latihan ketahanan

Untuk senaman ini, anda perlukan tali getah senaman (resistance loop band). Caranya adalah:

  • Letakkan tali getah di bahagian kaki perabot atau apa-apa alatan yang kukuh
  • Letakkan sebelah kaki anda di bawah kaki yang disarungkan pada tali getah (rujuk gambar di atas), dan bengkokkan sedikit di bahagian lutut anda
  • Perlahan-lahan tarik tali getah, dengan membengkokkan kaki anda ke arah badan atau kepala anda
  • Ulang langkah ini sebanyak 10-15 kali untuk setiap kaki

Langkah ini dapat menggabungkan kerja-kerja bagi otot betis dan otot peha dalaman dan luaran.

Langkah 5: permainan jari kaki

Untuk memberi senaman buat jari kaki anda pada setiap hari, anda boleh melakukan permainan yang dipanggil “grabbies”. Caranya adalah seperti berikut:

  • Gelungkan jari kaki anda secara natural (rujuk gambar di atas)
  • Hamparkan sehelai tuala di atas lantai dan ambil tuala itu menggunakan jari kaki anda
  • Letakkan batu-batu kecil di atas lantai dan cuba untuk kutip setiap batu kecil tersebut dan letakkan di dalam sebuah bakul dengan menggunakan kaki.

Langkah 6: Pijak di atas bola kecil

Untuk merehatkan dan melatih bebola jari kaki:

  • Gunakan bola tenis ataupun bola yang berukuran diameter yang hampir serupa.
  • Duduk di atas kerusi
  • Letakkan telapak kaki di atas bola dan pijak (seperti dalam gambar di atas)
  • Dengan menggunakan kaki, perlahan-lahan tolak bola ke hadapan (ke arah jari kaki) dan kemudian ke belakang (ke arah tumit). Lakukan ia beberapa kali.

Teknik bonus

Teknik akupuntur dan urutan kaki sememangnya digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Selepas mengharungi hari yang panjang, anda cenderung untuk mengalami kaki yang sakit. Untuk melegakan kesakitan, letakkan kedua ibu jari tangan anda di tempat seperti di dalam gambar (iaitu antara jari kaki 1 dan 2, 4 dan 5; kira-kira 1 cm atau setengah inci dalam) dan urut sehingga 15 minit.

Cubalah senaman-senaman mudah yang dinyatakan ini agar anda kekal sihat dan bebas dari rasa sakit. Kini anda tiada alasan lagi untuk tidak bersenam!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds