Pendidikan, VIDEO

Pentingnya mengunci kereta! Seorang lelaki mabuk cuba membuka pintu kereta wanita ini untuk merompak

Pentingnya mengunci kereta! Seorang lelaki mabuk cuba membuka pintu kereta wanita ini untuk merompak

Tempat parkir merupakan kawasan yang seringkali dijadikan penjenayah sebagai aktiviti untuk melakukan rompakan, penculikan dan sebagainya.

Baru-baru ini dalam kejadian yang berlaku pada 5 April lalu, seorang netizen telah kongsikan pengalaman hitamnya sendiri apabila hampir dirompak ketika berada di ruang parkir sebuah pusat beli-belah.

Kredit:dubaimetro.eu

Menurut sebuah video yang dimuat naik oleh Suki Yap di Facebook, dia menyatakan bahawa dia sedang memandu sendirian di ruang parkir bawah tanah sebuah pusat beli-belah di Kepong untuk menghantar beberapa bungkusan di pejabat Pos Laju.

Setelah meletakkan kenderaannya, Suki menyedari terdapat seorang lelaki sedang bersandar di tiang berdekatan kenderaannya.

Jelas Suki, lelaki berkenaan kelihatan seperti sedang mabuk kerana dia meletakkan kepalanya pada lengan dan bersandar pada tiang tersebut. Malah, lelaki itu juga kelihatan terhuyung-hayang.

Bimbang dengan keadaan tersebut, Suki memutuskan untuk tidak keluar dari keretanya dan hanya mampu berharap agar lelaki itu berlalu pergi. Tetapi tidak, dia hanya duduk di tiang berkenaan selama lebih kurang dua ke tiga minit.

Mengetahui Suki tidak akan keluar dari kenderaannya selagi dia masih berada di situ, lelaki berkenaan kemudian membuat satu tindakan yang amat mengejutkan!

Dia telah menghampiri kenderaan Suki lalu cuba untuk membuka pintu kereta sambil memandang Suki dengan pandangan yang menakutkan. Walaupun percubaan membuka pintu kereta gagal, lelaki ini tetap tidak berganjak dari situ sehinggalah Suki bertindak memandu pergi.

Dalam keadaan ketakutan, Suki membuat beberapa kali pusingan di sekitar kawasan parkir berkenaan sehinggalah dia mula bertenang dan kembali ke lokasi kejadian untuk mengambil gambar lelaki itu.

Kredit: Green Savings Company

Bagaimanapun, lelaki itu telah berlalu pergi.

Berikutan kejadian berkenaan, Suki memutuskan untuk berkongsi pengalamannya ini kepada orang ramai khususnya kaum wanita supaya sentiasa berhati-hati setiap masa. Pastikan anda mengunci pintu kereta semasa berada dalam kenderaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Sejak video berkenaan menjadi tular, ia telah menarik perhatian ramai netizen di Facebook. Ada juga sesetengah pengguna media sosial memberikan beberapa tips kepada Suki sekiranya kejadian seperti ini berlaku lagi.

Kredit: Vistage

Bunyikan hon kereta berulang kali bagi menarik perhatian orang yang lalu-lalang di kawasan berkenaan.

Peringatan kepada kaum wanita di luar sana. Berhati-hatilah ya?!

Sumber: Suki Yap/Facebook

Era Baru

Kategori:Pendidikan VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...