Aneh, Misteri & Fenomena, Pesona, VIDEO

Fenomena aneh! Cahaya Aurora kelihatan di beberapa kawasan sekitar Brazil

Sebuah awan berwarna terang pelangi telah menarik perhatian ramai penduduk di kawasan Ribeirão Claro, perbandaran Paraná yang bersempadan dengan Chavantes, sebuah bandar di pedalaman São Paulo.

Fenomena cuaca menyerupai awan pelangi, mengingatkan kepada aurora borealis yang hanya boleh dilihat di negara-negara kutub utara dan hanya dapat dilihat pada langit malam.

Rakaman video ini dibuat oleh penduduk asal di kawasan tersebut, dikongsi oleh ABC News dan mendapat perhatian orang ramai di rangkaian media sosial Brazil dan di luar negara.

Diberikan nama sebagai, “Northern Daybreak mini” adalah fenomena seperti yang berlaku pada negara kutub pada siang hari.

Pembiasan cahaya awan itu juga dipanggil sebagai “api pelangi”. Penjelasan saintifik yang paling mudah untuk acara ini adalah: ia berlaku ketika cahaya tidak dapat menembusi awan, tetapi “mengelilinginya” sehinggalah warna cahaya itu “terpisah” (fenomena yang dikenali sebagai difraksi), membentuk cahaya yang berwarna-warni.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...