Berjaya memiliki rumah sendiri merupakan impian setiap orang. Apatah lagi selepas bertahun-tahun berusaha berjimat untuk mengumpul wang pendahuluan.

Walau bagaimanapun, sebelum memindahkan segala perabot atau memulakan kerja-kerja pengubahsuaian, penting bagi anda untuk memeriksa rumah terlebih dahulu, seperti yang dijelaskan oleh netizen ini.

“Biasanya, pemaju akan memberikan tempoh 24 bulan untuk kita memeriksa keadaan rumah kita. Kita boleh mengadu tentang apa-apa kerosakan atau ketidaksempurnaan keadaan dalaman dan luaran rumah kita.”

“Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah sebelum melakukan sebarang kerja-kerja pengubahsuaian kerana pemaju takkan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah jika anda melakukan pengubahsuaian,” Shamier Mohaimin menerangkan di halaman Facebooknya.

Beliau mencadangkan membawa alatan-alatan ini bersama ketika memeriksa rumah baru anda:

  • Pita pelekat – Melekatkannya ke tempat di mana retak atau kecacatan yang ditemui
  • Pen penanda (merah) – Untuk menulis jenis kerosakan pada pita pelekat
  • Kertas A4 – Senaraikan semua kerosakan dan lokasi mereka untuk menjadi rujukan anda
  • Kamera – Untuk mengambil gambar kecacatan

Berikut adalah senarai lokasi yang perlu anda perhatikan:

#1. Pintu

  • Buka dan tutup pintu berkali-kali. Periksa juga tombol pintu dan kuncinya sekali.
  • Periksa di sekeliling bingkai pintu juga.

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

#2. Jubin lantai

  • Ketuk dengan perlahan semua jubin lantai rumah anda satu persatu menggunakan duit syiling atau pemutar skru untuk mengenalpasti jubin yang lompong atau kosong.
  • Tandakan jubin yang lompong dan rosak.
  • Beri perhatian lebih kepada jubin lantai di dapur dan bilik mandi kerana jubin yang lompong biasanya terdapat di sana.

Facebook

Facebook

#3. Bekalan elektrik

  • Hidupkan suis utama dan semak semua soket dinding serta peralatan elektrik seperti kipas dan lampu.

100 comments

#4. Bekalan air

  • Apabila meter air sudah dipasang, buka semua paip pada masa yang sama dan pastikan sistem saliran berfungsi dengan baik.
  • Pastikan mangkuk tandas dan sinki tidak tersumbat.
  • Periksa paip air dan kepala pancuran untuk sebarang kebocoran.
  • Isi air dalam tangki sehingga penuh dan pastikan bacaan pada meter air berhenti.
  • Jika bacaan pada meter air tidak berhenti, kemungkinan ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.

Pinterest

#5. Tingkap dan sliding door

  • Buka dan tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap dapat dikunci dengan sempurna.
  • Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.

Lokal pages

#6. Tangga

  • Goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda untuk melihat jika terdapat mana-mana bahagian longgar.

#7. Bilik air di tingkat atas

  • Tutup kesemua lubang aliran air keluar dan penuhkan bilik air dengan air.
  • Biarkan seminggu dan kemudian periksa jika ada kesan air bocor atau tidak di bahagian tingkat bawah rumah anda.

Homebut

#8. Dinding

  • Periksa dinding rumah anda, jika terdapat dinding yang retak sila maklumkan dengan segera kepada pemaju anda.

Facebook

Facebook

Selepas melakukan semua pemeriksaan di atas, anda perlu mengunci rumah anda dengan selamat sebelum pergi, kerana pemaju tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecurian yang berlaku di dalam harta anda selepas kunci diserahkan.

Sebaik sahaja semua kecacatan telah diperbetulkan, barulah anda boleh melakukan pengubahsuaian rumah anda.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Hartanah

Video Popular

Ad will display in 09 seconds