Menaiki kapal terbang mungkin dianggap sebagai satu pengangkutan yang tidak lagi selamat bagi sesetengah individu disebabkan pernah berlakunya beberapa insiden yang meragut nyawa ramai penumpang pesawat.

Malah, ada juga yang menjadi gementar sebelum berlepas kerana terlalu memikirkan tragedi-tragedi seperti pesawat hilang dari radar, terhempas dan sebagainya.

Baru-baru ini menerusi laporan daripada Channel NewsAsia, seorang lelaki yang berusia 41 tahun telah ditahan pihak berkuasa apabila didapati mengeluarkan amaran palsu mengenai ancaman bom semasa berada di dalam penerbangan dari Singapura menuju ke Hat Yai, Thailand.

Kejadian mengejutkan ini dikatakan berlaku pada 5 April lalu apabila seorang penumpang lelaki memaklumkan kepada kru penerbangan bahawa terdapat sebutir bom di dalam beg yang dibawanya.

Kredit: Twitter

Sebagai respon kepada aduan lelaki tersebut, juruterbang pesawat telah bertindak menghubungi tentera udara Singapura. Dalam masa beberapa minit sahaja, terdapat dua buah jet terbang bersebelahan pesawat berkenaan bagi mengiringi 173 penumpang dan enam anak kapal untuk kembali semula ke Singapura sekitar jam 3.23 petang.

Setelah selesai mendarat, pasukan polis segera melancarkan penyiasatan namun tidak menemui sebarang bom seperti mana yang telah digembar-gemburkan.

Berita mengenai kejadian tersebut turut diumumkan melalui akaun Facebook, Singapore Police Force.

Kredit: Facebook

Lantaran berita palsu tersebut, lelaki berkenaan telah ditahan di bawah undang-undang anti-pengganas Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. Jika disabit bersalah, lelaki ini boleh dijatuhi hukuman denda sehingga RM1.5 juta atau penjara selama 10 tahun!

Pesawat bagaimanapun meneruskan semula perjalanan dari Lapangan Terbang Changi pada jam 6.30 petang.

Era Baru

Share
Kategori: Asia

Video Popular

Ad will display in 09 seconds