PUTRAJAYA – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen yang akan berkuat kuasa pada esok hari, 7 April 2018 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Sumber: Facebook/Najib Razak

Pengumuman khas berkenaan telah disiarkan secara langsung selepas beliau mengadap Sultan Muhammad ke-V di Istana Negara pada pagi tadi. Pembubaran Parlimen ini dibuat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum  (PRU) ke-14 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Selain Najib, turut hadir dalam sidang berkenaan adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan anggota-anggota Kabinet yang lain.

Kredit: BH Online

Perdana Menteri turut menasihati semua Ketua Menteri dan Menteri Besar untuk menghadap Sultan, Raja atau Yang di-Pertuan negeri masing-masing atas tujuan mendapatkan perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sarawak terkecuali daripada mengadakan PRN memandangkan negeri itu baru sahaja mengadakan pilihan raya pada 7 Mei tahun lalu.

Kredit: Harakah daily

Susulan pengumuman pembubaran Parlimen ini dibuat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melakukan penetapan tarikh rasmi pilihan raya yang bakal diadakan.

Menurut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, tempoh selama 60 hari diberikan bagi menetapkan tarikh PRU sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Sumber: Harian Metro

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds