Jika anda merasakan anda mempunyai bakat menari, anda mungkin terpaksa berundur dan mencari hobi lain setelah melihat bakat tarian yang dipamerkan oleh si comel berbulu ini.

Setiap kucing mempunyai personaliti yang tersendiri. Ada yang gemar bersendiri, aktif, suka menyepahkan barang dan sebagainya. Tetapi tiada siapa menyangka kucing juga mempunyai bakat terpendam!

Seperti si comel dan gebu bernama Winnie ini yang mampu mempamerkan gerak tari hebat diiringi lagu rancak nyanyian Bruno Mars berjudul Uptown Funk.

Selain berjaya mengikut rentak lagu tersebut dengan baik, wajah Winnie yang comel ini juga mampu menarik perhatian ramai untuk menyukainya.

Apa kata anda tonton video tarian Winnie di bawah dan berikan komen anda. Suka ke tidak?

Sumber: happiest

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds