KUALA LUMPUR – Pengumuman penting buat semua pemandu kenderaan Honda! Honda Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menarik semula sejumlah unit kereta yang dikeluarkan pada tahun 2013 bagi tujuan penggantian semula beg udara.

Kredit: Archilovers

Honda Malaysia baru-baru ini mengumumkan akan memanggil semula 28,399 unit kereta daripada empat jenis model yang dikeluarkan pada tahun 2013. Apa yang penting, ianya adalah percuma!

Empat model kenderaan Honda yang dimaksudkan adalah:

  • Honda City
  • Honda Jazz
  • Honda Jazz Hybrid
  • Honda Insight

Kredit: Carlist

Menurut Honda Malaysia, pihaknya akan mengeluarkan notis kepada pelanggan yang terlibat melalui surat dalam masa terdekat.

Jadi, jika anda merupakan pemilik kereta Honda tahun 2013 seperti yang disebutkan di atas, anda bakal menerima sekeping notis panggilan untuk penukaran beg udara secara percuma.

Kredit: Honda

Namun jangan risau sekiranya anda tidak pasti sama ada kenderaan anda layak atau tidak menerima perkhidmatan penggantian barangan secara percuma ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah layari laman sesawang Honda Malaysia di sini dan hanya masukkan nombor pengenalan kenderaan anda (VIN/CHASSIS) dalam ruangan yang disediakan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Automobil NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds