Aneh, GLOBAL, Kebudayaan, NASIONAL

Ketahui penjelasan sebenar dua juri MasterChef UK mengenai kontroversi rendang ayam ‘tidak rangup’

Ketahui penjelasan sebenar dua juri MasterChef UK mengenai kontroversi rendang ayam ‘tidak rangup’

Isu kontroversi membabitkan hidangan rendang ayam ‘tidak rangup’ yang disediakan oleh seorang peserta MasterChef UK masih lagi belum reda bahkan terus-menerus menjadi perbualan yang hangat di media sosial.

Kredit foto: New Straits Times

Ramai yang mengecam tindakan kedua-dua juri rancangan tersebut iaitu Gregg Wallace dan John Torode kerana menyingkirkan Zaleha Kadir Olpin, peserta dari Malaysia atas alasan hidangan rendang ayam yang dimasaknya tidak mempunyai kerangupan kulit.

Kredit foto: BBC

Orang ramai termasuk pemimpin negara, Datuk Seri Najib Razak turut tidak terkecuali untuk memberikan komen mengenai isu terbabit.

Kredit foto: Twitter @NajibRazak

Malah, penularan isu ini turut menarik perhatian Tun Dr Mahathir Mohamad untuk turut serta ‘memerli’ tindakan Gregg dan John.

Kredit foto: Twitter @chedetofficial

Bagaimanapun, pada 4 April lalu kedua-dua juri berkenaan telah tampil dalam satu program bual bicara Good Morning Britain bagi memberikan penjelasan masing-masing tentang perkara sebenar yang telah berlaku semasa episod penyingkiran Zaleha.

Kredit foto: metro.co.uk

“Saya tidak maksudkan ia harus digoreng seperti ayam goreng. Apa yang saya maksudkan ialah hidangan itu tidak cukup masak. Ia tidak dimasak dengan betul. Isinya putih dan lembik”.

Gregg turut mengakui kesilapannya dalam penggunaan perkataan ‘rangup’ untuk ujian rasa dalam rancangan berkenaan.

Kredit foto: Free Malaysia Today

“Dia (Zaleha) tersingkir bukan kerana kulit ayamnya tidak rangup. Rangup adalah perkataan yang salah tetapi kulit itu tidak cukup masak. Dia tersingkir kerana tukang masak lain lebih bagus. Tukang masak yang terbaik pastinya akan melangkah ke peringkat seterusnya.”

Sementara itu, wakil jurucakap dari rancangan itu memaklumkan kepada Telegraph bahawa komen Gregg telah disalah tafsir oleh netizen sekali gus mencetuskan kontroversi berkenaan.

Kredit foto: Hello Magazine

“Gregg tidak mencadangkan hidangan itu secara tradisinya mempunyai kulit yang rangup. Dia hanya mengatakan bahawa dia tidak dapat menikmati rasa sebenar hidangan seperti yang disajikan.”

Tambahnya lagi, “MasterChef sentiasa meraikan masakan antarabangsa dan pada kesempatan ini, komen juri kami berkaitan dengan hidangan yang telah dimasak itu adalah relevan.”

Kredit foto: Free Malaysia Today YouTube

Jika diperhatikan secara keseluruhannya, penjelasan yang diberikan tersebut wajar diterima akal. Sebagai rakyat Malaysia yang sudah biasa menikmati hidangan ini terutamanya pada musim perayaan, anda pasti tahu berapa lama tempoh yang perlu diambil untuk menyediakannya?

Adakah keputusan memasak rendang ayam dalam tempoh 60 minit yang diberikan kepada peserta MasterChef itu merupakan satu keputusan yang bijak? Sedangkan ibu-ibu kita mengambil masa yang cukup lama, mungkin melebihi satu jam hanya untuk memastikan segala perapan dan rempah-ratus itu sebati dengan rasa ayam.

Apa-apa pun, bangga sekejap apabila masyarakat dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei bersatu hati apabila isu ini dibangkitkan. Benarlah, makanan memang dapat menyatukan manusia.

Sumber: SAYS

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...