Tragedi yang sungguh menggemparkan dan menyayat hati! Seorang bayi yang baru dilahirkan telah ‘diculik’ oleh seekor monyet liar. Mengejutkan, kejadian itu dilaporkan berlaku di hadapan mata ibu kandung bayi itu sendiri.

Insiden ini dipercayai berlaku di Banki, Orissa. Menurut si ibu, bayinya yang baru berusia 16 hari telah dilarikan oleh seekor monyet liar yang menceroboh masuk ke rumahnya.

Segala tindakan monyet ini terlalu pantas dan sebaik sahaja menyedari tindakannya diperhatikan oleh si ibu, monyet ini bergegas melarikan diri bersama bayinya.

Kredit: Odisha Sun Times

Sehari selepas kejadian iaitu pada 2 April, bayi ini akhirnya ditemui semula setelah pihak polis melaksanakan gerakan mencari si bayi. Malangnya, bayi ini telah ditemui meninggal dunia di dalam perigi yang terletak di belakang rumah mereka.

Menyedihkan!

Polis percaya monyet tersebut tidak sengaja menjatuhkan bayi itu sewaktu melompat di atas bumbung bagi melarikan diri.

Kredit: Odisha Sun Times

Ujar Rama Krushna Nayak, bapa kepada bayi itu:

“Mungkin sewaktu monyet ini melompat dari bumbung rumah, bayi saya terlepas dari pegangannya dan terjatuh ke dalam perigi”.

Bayi ini berjaya ditemui setelah seorang wanita dipercayai jiran mereka pergi ke perigi berkenaan untuk mengangkut air. Pada ketika itulah wanita tersebut menemui bayi berkenaan dan segera berlari untuk memaklumkan keluarga terbabit. Dengan kadar segera, mereka mengambil mayat bayi itu.

Kredit: Odisha Sun Times

Kejadian kecurian makanan atau serangan ke atas manusia kerap kali berlaku di kawasan perumahan itu. Bagaimanapun, insiden monyet melarikan bayi adalah kes yang pertama kali berlaku setakat ini.

Pihak polis mengenalpasti monyet yang menyebabkan kematian bayi berkenaan adalah daripada spesies rhesus macaque atau Macaca mulatta. Monyet ini sering tinggal berdekatan kawasan penempatan manusia dan dianggap sebagai haiwan yang suci oleh masyarakat Hindu.

Kredit: NC3Rs

Walaupun monyet-monyet ini sering membuat onar dan serangan ke atas manusia, manusia tidak pernah merasa terganggu dengan kehadiran mereka. Apa-apa pun, pihak berkuasa sedang menggiatkan usaha untuk mencari monyet yang disyaki menyebabkan kematian bayi tidak berdosa itu.

Takziah kepada keluarga mangsa.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds