Stesen angkasa lepas milik China iaitu Tiangong-1 yang dijangka akan terhempas ke bumi sekitar bulan ini telah pun memasuki bumi pada 2 April.

Ketika terhempas, hampir keseluruhan stesen angkasa lepas berkenaan yang dikatakan mempunyai saiz seperti sebuah bas sekolah telah terbakar sewaktu memasuki ruang atmosfera.

Kredit: Wikimedia

Serpihan tersebut telah terhempas ke kawasan perairan Tahiti dan juga di bahagian selatan Laut Pasifik. Kejadian ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan saintis memandangkan stesen angkasa lepas itu dikatakan membawa bahan kimia bertoksik tinggi yang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia.

Salah satu bahan kimia beracun dikenali sebagai hydrazine yang boleh mengakibatkan kerosakan hati dan saraf sekiranya terdedah terlalu lama.

Walaupun keseluruhan Tiangong-1 yang membawa maksud ‘Istana Syurga’ telah terbakar di udara, serpihan-serpihan kecil yang bertaburan di muka bumi dijangkakan mempunyai berat sekitar 100kg!

Pada mulanya, ramai pakar berpendapat bahawa Tiangong-1 mungkin akan jatuh di kawasan-kawasan bandar utama dunia seperti New York, Barcelona, Beijing, Chicago, Istanbul, Rom atau Toronto. Malah, Kuala Lumpur juga pernah tersenarai sebagai salah satu zon pendaratan stesen angkasa lepas tersebut.

Ketika ditanya mengenai impak kejatuhan, Dr Hugh Lewis yang merupakan pensyarah kanan Kejuruteraan Aero Angkasa di Universiti Southampton memaklumkan bahawa:

“Stesen angkasa lepas itu bergerak di sekitar orbit pada sudut 43 darjah dengan Garisan Khatulistiwa. Jika anda plot laluan ini pada peta Bumi, ia akan menghasilkan corak gelombang sinus dengan keluk gelombang yang lebih perlahan di latitud utara dan selatan manakala bahagian lurus yang lebih laju dari timur ke barat”.

Kredit: Pixabay

Menurut Jonathan McDowell, pakar fizik dari Universiti Harvard, “Hanya pada minggu terakhir baru kami boleh mengulas tentangnya dengan lebih lanjut. Saya jangka beberapa lagi serpihan akan memasuki bumi. Tetapi, segala maklumat tentang di mana serpihan ini mendarat hanya akan diketahui selepas impaknya”.

Kejadian stesen angkasa terhempas semula ke bumi merupakan satu peristiwa yang acap kali berlaku. Namun, para saintis mengambil perhatian akan Tiangong-1 memandangkan ianya mempunyai saiz yang besar dan padat.

Kredit: Gizmodo

Pada sekitar tahun 1991, stesen angkasa lepas seberat 20 tan milik Soviet Union yang digelar Salyut 7 telah jatuh menghempas bumi semasa masih bersambung dengan satu lagi stesen angkasa lepas seberat 20 tan bernama Cosmos 1686.

Kedua-dua stesen berkenaan terpisah ketika berada di ruang udara Argentina lalu menebarkan serpihan-serpihan di seluruh bandar Capitán Bermúdez.

Sebelum itu pada 1979 pula, stesen angkasa lepas Skylab milik NASA yang mempunyai berat melebihi 77 tan telah menghempas bumi dan menyebabkan satu serpihan besar mendarat di bahagian barat Australia.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds