Mutakhir ini, kaum lelaki dikatakan semakin mementingkan penampilan dan rupa paras demi menarik perhatian ramai wanita sekali gus meraih status sebagai individu yang menawan.

Untuk mencapai matlamat menjadi lelaki yang menawan, mereka akan melakukan pelbagai usaha dan cubaan yang tidak terjangka. Malah, ada juga yang sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan rupa paras atau bentuk badan yang diinginkan.

Segala ini dilakukan agar mereka mampu mencuri perhatian gadis-gadis cantik atau mungkin untuk mendapatkan perhatian daripada seseorang yang disukai selama ini.

Bagaimanapun, konsep ‘lelaki kacak’ adalah sangat berlainan mengikut negara-negara tertentu. Ada yang beranggapan lelaki berwajah comel seperti jejaka Korea sebagai pilihan hati ramai gadis dan ada juga yang mahukan lelaki ‘sado’.

Lihat senarai 10 negara dengan konsep ‘lelaki kacak’ yang berbeza.

#1 Amerika Syarikat

Kredit: eastnews

Zaman ini, kaum wanita di Amerika Syarikat tidak lagi memandang lelaki yang kuat bersukan. Sebaliknya, mereka meminati lelaki yang mempunyai bahu lebar dan berbadan tegap, berkulit cerah mempunyai jambang.

Malah, jika seseorang lelaki menggayakan fesyen jeans, but dan juga baju kemeja kotak, kaum wanita pasti akan terus ‘mencair’ dan menggila!

#2 Brazil

Bagi wanita Brazil, lelaki yang mempunyai mata berwarna cerah dan juga berambut kerinting adalah lelaki yang sangat sempurna!

Tidak dilupakan juga otot perut (six-pack) kerana otot yang mengagumkan akan sentiasa menjadi bonus buat para wanita.

#3 India

Di negara ini, jika seseorang lelaki mahu menjadi ‘lelaki pujaan’ dalam kalangan gadis-gadis, dia haruslah cergas dan berbadan sasa. Malah, lelaki India yang ‘macho’ juga haruslah menggunakan gel penggaya pada rambut setiap hari, membela janggut dan yang paling penting, menggunakan krim pencerah.

#4 Turki

Lelaki Turki idaman wanita haruslah memiliki keberanian dan kekuatan di samping bijak mengeluarkan ayat-ayat manis. Jadi, tidak hairanlah mengapa para pelakon lelaki yang memainkan watak romantik dalam drama seringkali menjadi perhatian ramai wanita.

Penggayaan rambut merupakan aspek yang sangat penting bagi menentukan tahap kacak seseorang lelaki. Paling penting, jangan sesekali biarkan bulu dada anda tumbuh seperti hutan kerana perkara ini akan membuatkan kaum wanita hilang selera!

#5 Itali

Di Itali, mana-mana lelaki yang pandai menjaga penampilannya pasti akan disukai oleh wanita. Kecantikan semula jadi adalah satu perkara yang tidak dianggap penting malah kaum wanita memandang tinggi kepada lelaki yang cuba untuk kelihatan menawan.

Selain itu, lelaki Itali juga perlu membiasakan diri dengan tips kecantikan wanita seperti merapikan kening, mencantikkan kuku, melakukan suntikan dan juga menjalani prosedur kosmetik.

#6 Korea Selatan

Anda pasti pernah melihat konsep lelaki kacak bagi warga Korea Selatan. Berbeza dengan kebanyakan negara lain di mana lelaki dianggap kacak jika mempunyai rupa paras ‘jantan’, lelaki Korea Selatan pula kelihatan lebih feminin.

Anda tidak akan jumpa lelaki yang berjambang, berbadan sasa atau mungkin menyimpan janggut kecil di Korea Selatan. Jika ada, tiada siapa yang memuja lelaki seperti ini.

Sebaliknya, lelaki idaman wanita Korea adalah lelaki yang berwajah mulus, menggayakan fesyen rambut berwarna-warni, bertubuh kurus dan mempunyai perwatakan comel seperti wanita.

#7 United Kingdom

Kredit: Foto/IPP/Gioia Botteghi/eastnews

Kebanyakan penduduk di United Kingdom mempunyai kulit yang cerah atas faktor keadaan cuaca di sana yang tidak panas. Namun, perkara ini dianggap sebagai penghalang untuk menarik perhatian kaum wanita.

Jadi, lelaki sentiasa mencuba produk untuk menggelapkan kulit bagi mengatasi masalah tersebut. Selain daripada menjaga penampilan wajah yang kemas dan bersih, lelaki-lelaki United Kingdom adalah dilarang untuk mempunyai tatu di badan masing-masing.

Hal ini demikian kerana wanita di negara ini tidak menyukai lelaki bertatu.

#8 Malaysia

Kredit: asian food channel

Di Malaysia, lelaki yang berwajah kacukan atau ‘Pan-Asian’ tergolong sebagai lelaki yang hangat di pasaran! Memiliki hidung yang mancung, senyuman manis dan berkulit cerah menjadikan lelaki kacukan ini sebagai pilihan ramai wanita Malaysia.

Jika para wanita berkahwin dengan lelaki kacukan, ia diibaratkan sebagai satu bonus. Kahwin dengan orang Malaysia yang kelihatan seperti mat saleh! Pasti bangga satu kampung!

#9 Australia

Seperti lelaki Korea, jejaka kelahiran Australia juga mementingkan penjagaan wajah. Buktinya, mereka cenderung untuk berhabis duit dan masa demi mendapatkan wajah yang dikatakan ‘wajah terkini idaman wanita’.

Mereka akan sentiasa mengunjungi pusat-pusat kosmetik, mendapatkan otot yang sempurna dengan mengikuti program senaman di gimnasium atau melakukan pembedahan plastik bagi mengubah bentuk hidung dan telinga mereka.

Hasilnya menjadikan lelaki Australia sebagai salah satu lelaki paling seksi di dunia!

#10 Sweden

Kredit: eastnews

Konsep lelaki kacak dalam kalangan masyarakat Sweden telah melalui beberapa fasa perubahan. Zaman ini, lelaki muda yang bertubuh kurus dan mempunyai mata yang kuyu dianggap sebagai lelaki yang kacak!

Secara terperinci, jika seseorang jejaka itu mempunyai ciri-ciri seperti tinggi, berkulit cerah dan pucat, mata berwarna terang, berambut perang dan rahang yang tajam, dialah lelaki pujaan hati ramai wanita di sana.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds