Sesedap mana pun sesebuah lagu itu, jika didengar berulang kali boleh menyebabkan kita menjadi jemu dan bosan.

Begitulah perasaan yang dialami oleh anjing peliharaan keluarga ini apabila tuannya seringkali berlatih bermain seruling. Memandangkan anjing itu sudah muak dan letih mendengar bunyi seruling sumbang setiap hari, ia memutuskan untuk bersemuka dengan tuannya!

Sedang elok ia dibuai mimpi, tiba-tiba dikejutkan pula dengan bunyi seruling yang nyaring, bukan sahaja anjing ini tetapi sesiapa sahaja pasti akan berasa terganggu dan marah.

Dengarkan bunyi lolongan daripada anjing yang sedang terbaring itu setiap kali dia mendengar alunan muzik seruling oleh tuannya. Ia seolah-olah berkata:

“Woiiiiiiiii……”

“Diam lahhhhhhhhhh”

Pasti anda akan terhibur menonton video pendek ini.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds