Walaupun kita semua adalah manusia biasa yang tinggal di satu tempat yang biasa, terdapat beberapa lokasi di dunia yang seakan satu tempat yang asing bagi manusia yang biasa, di mana golongan manusia yang mendudukinya hidup dengan gaya hidup dan budaya mereka yang unik dan pelik.

Apabila berada di tempat ini, golongan biasa akan menjadi terpesona apabila melihat penghuninya yang bersatu sebagai satu puak yang unik dengan menyimpan satu rahsia yang dikongsi sesama mereka. Apakah rahsia mereka? Hanya dengan menerokai dan melawat tempat ini baharulah kita mengetahuinya.

9 lokasi menarik dan unik tersebut adalah seperti berikut :

1.Kerajaan Orang Kerdil, China

Kredit :  UPI

Kehidupan bersosial pasti menjadi sukar bagi golongan kelainan upaya, terutama bagi golongan kerdil. Namun begitu, terdapat satu tempat khas seperti sebuah negara bagi golongan kerdil ini berdekatan wilayah Kunming di China.

Dunia yang unik ini telah dibina oleh Chen Mingjing. Beliau telah menawarkan tempat kepada golongan kerdil dari seluruh negara untuk berpindah ke tempat ini. Kini populasi di penempatan ini adalah 125 orang yang berusia di antara 19 hingga 48 tahun.

Golongan kerdil di sini memakai pakaian perayaan atau pakaian lain seperti gnome, pari-pari, orang kerdil, puteri dan askar pengawal. Rumah yang dibina menyerupai pokok atau cendawan.

Tempat tinggal mereka telah dibina dengan ciri khas dengan bilik air, tandas dan kelengkapan perabot direka menurut kesesuaian diri mereka yang kerdil.

Kehidupan mereka di sini amat selesa dan tiada siapa yang akan mengata rupa paras mereka dari belakang.

Kredit:  mtnsh

Semua penghuni mempunyai pekerjaan di sini. Mereka menjadikan penempatan mereka sebagai satu tarikan destinasi pelancongan dan memberikan persembahan kepada para pelancong yang datang melawat. Mereka melakukan kerja pembersihan rumah pada hari Ahad, bermain permainan kesukaan dan menghadiri kelas Bahasa Inggeris percuma.

Kredit :  mtnsh

Tempat ini menjadi syurga bagi golongan kerdil yang memberi kedamaian dan keselesaan. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti sekolah, pasaraya, kafe dan kedai bunga.

2. Puak Pirahã – Puak Paling Gembira

Kredit :  gabrielbicho

Puak yang tinggal di pedalaman Hutan Hujan Amazon ini dipanggil puak paling gembira. Mereka tidak tahu mengira dan mereka hanya tahu 2 nombor iaitu ‘sedikit’ dan ‘banyak’ dan dua warna iaitu ‘gelap’ dan ‘terang’.

Mereka juga tidak tahu hari atau kalendar, dan mereka makan sekali atau dua kali sahaja dalam sehari. Mereka tidur dari masa ke semasa selama 20 minit dalam sehari, kerana bagi mereka apabila seseorang tidur pada jangka waktu yang lama, ia akan melucutkan tenaga dan kuasa yang berada di dalam badan.

Puak Pirahã hanya mengetahui 3 tahap hubungan dalam kehidupan iaitu, bayi, ibu bapa dan adik beradik. Tiada tahap kuasa dan tiada kelakuan jenayah dan kecurian.

Kredit :  danielleshroyer

Mereka tidak memiliki harta atau bersangka buruk dengan orang lain. Mereka tidak pernah tamak dan terpengaruh dengan pujukan orang lain seperti yang pernah ditawarkan oleh Daniel Everett. Sebaliknya Daniel yang menyertai mereka dengan menerima segala pandangan mereka tentang dunia, dan bercakap dalam bahasa mereka yang mempunyai 3 huruf vokal dan 7 huruf konsonan.

Puak Pirahã adalah manusia unik yang sentiasa gembira. Mereka akan menyanyi di waktu malam dan mempercayai mimpi dan realiti itu adalah penting secara saksama.

Setiap 7 tahun sekali, mereka akan menukar nama masing-masing. Mereka boleh mengingati nama dan rupa beribu spesies haiwan dan tumbuhan dengan hanya melihatnya sahaja.

Anak-anak mereka bermain dengan pokok-pokok, bunga-bungaan, anjing dan bercakap dengan semangat pokok, dan mereka tiada barang permainan.

3. Ikaria -pulau bagi golongan Centenarian yang berusia panjang

Kredit :  edition.cnn

Kebanyakan penduduk yang tinggal di Ikaria akan hidup dengan usia melebihi 90 tahun. Populasi di pulau Ikaria akan dapat hidup sehingga berusia 100 tahun dan lebih.

Rahsia kebanyakan penduduk di sini berusia panjang ialah keadaan alam semulajadi di pulau terletak di Laut Aegean, 8 sumber mata air semulajadi dan jumlah pelancong yang sangat sedikit. Namun begitu, tiada siapa yang hidup bersendirian dan murung di sini. Terdapat 10,000 penghuni yang peramah dan optimis hidup di sini.

Kredit :  nytimes

Hanya sedikit penghuni yang tahu mengenai penyakit Alzheimer dan penyakit berkaitan usia tua. Stamatis Moraitis yang berketurunan Greek datang ke pulau ini dari Amerika Syarikat untuk menghabiskan hayatnya di pulau ini. Doktor berkata dia hanya mempunyai masa 9 bulan untuk hidup.

Kini sejak tahun 1976, Stamatis Moraitis masih hidup dengan gembira bersama keluarganya di pulau ini selama 37 tahun.

Kredit :  tilestwra

Tiada kesibukan di Pulau Ikaria dan semua penduduknya bekerja sebaik mungkin. Mereka berjalan melalui laluan pergunungan, dan makan buah-buahan dari kebun masing-masing.

Mereka makan roti dengan yis istimewa yang dibuat sendiri, bersama minyak zaitun, keju daripada susu kambing dan minum teh herba.

Pada waktu petang, mereka menghabiskan masa bersama jiran-jiran dengan meminum wain. Apabila seorang penghuni berusia 101 ditanya tentang rahsia usia yang panjang, dia menjawab, “Kami cuma terlupa untuk meninggal dunia di sini!”

4. Cândido Godói, Tanah Kelahiran Kembar

Kredit :  globo

Cândido Godói di Brazil merupakan satu tempat yang terkenal dengan jumlah populasi kembar yang dilahirkan di sini. Terdapat 88 keluarga yang telah membesarkan 44 pasangan kembar.

Kebanyakan keluarga berpindah ke sini dari Jerman semasa Perang Dunia Pertama. Pada awal tahun 1990-an, fenomena ini telah menarik perhatian beberapa orang wartawan dari luar.

Pihak berkuasa tempatan amat berbesar hati dengan perhatian yang telah diberikan dunia lalu menggelar tempat ini sebagai Tanah Kelahiran Kembar dengan membuka muzium pameran dan membina patung kesuburan.

Kredit :  avipae

Para saintis mempunyai pendapat yang berbeza untuk menerangkan fenomena yang berlaku, termasuk kesan dari meminum air istimewa, pengasingan wilayah dan juga ujikaji genetik yang telah dijalankan oleh seorang doktor Nazi bernama Josef Mengele.

Para penduduk tempatan berkata pada waktu itu, doktor ini telah mengembara di wilayah ini dengan menyamar sebagai doktor haiwan. Dan tidak lama kemudian, kelahiran kembar telah didaftarkan dan berkembang.

Para guru yang mengajar di sekolah sering menghadapi masa yang sukar untuk memisahkan pelajar kembar semasa sesi pembelajaran.

5. Puak vaDoma, Manusia Berkaki Burung Unta

Kredit : wikimedia

Di perkampungan ini yang terletak di Botswana, puak vaDoma hidup dengan kelahiran genetik luar biasa pada kaki mereka yang dipanggil sebagai penyakit ‘ectrodactyly’. 

Berikutan ketiadaan tiga jari kaki, golongan ini dikenali dengan panggilan ‘Manusia Berkaki Burung Unta’. Saintis percaya punca kepada keadaan genetik luar biasa ini ialah adat dan undang-undang lama puak ini yang tidak membenarkan perkahwinan dengan puak yang lain.

Kredit :  pikabu

Seorang bapa mempunyai dua orang anak yang memiliki 5 jari kaki dan tiga orang lagi dengan 2 jari kaki. Katanya, “Semasa kanak-kanak, saya tidak fikir yang diri saya ini luar biasa. Ibu dan orang lain juga memiliki dua jari kaki. Saya sentiasa berasa selesa dan aktif. Saya tidak mempunyai masalah dan sentiasa berjalan di Francistown.”

6. Golongan Amish di Amerika Utara

Kredit :  reesephoto   /news   / dansgaragetalk

Golongan Amish adalah golongan berfahaman Kristian Protestant. Kumpulan Amish telah diasaskan oleh Jakob Ammann yang telah membentuk satu dunia bagi golongan ini menghadkan hubungan dengan dunia luar yang moden.

Pada zaman Raja Perancis, Louis XIV di abad ke-17 yang telah cuba menghapuskan golongan berfahaman bukan Katolik, lalu telah menyebabkan golongan Amish ini berhijrah ke Benua Amerika.

Kini golongan atau puak Amish tinggal di negeri Pennsylvania, Ohio dan lain-lain negeri di Amerika Syarikat serta di Ontario, Kanada. Puak ini tidak menggunakan senjata, tidak membayar cukai, dan enggan menerima bantuan daripada kerajaan. Mereka menjalankan kehidupan harian dengan bertani dan membuat kerja kraftangan.

Kredit :  dailymotion

Golongan Amish yang lebih tua masih mengamalkan peraturan tradisional. Mereka tidak memandu, mereka tidak menggunakan teknologi ketika bertani, tidak menggunakan elektrik, telefon dan komputer. Mereka tidak menggunakan peti sejuk tetapi hanya menggunakan kotak berisi ais. Akan tetapi golongan Amish yang baru telah mula menggunakan telefon dan membajak tanah dengan menggunakan kaedah moden dan tradisional.

Satu keluarga perlu mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang anak. Kaum wanita memakai tudung kepala dan mereka tidak dibenarkan mewarnakan atau memotong rambut, mereka juga tidak boleh memakai barang kemas. Golongan lelaki tidak boleh memotong janggut selepas berkahwin.

Kredit :  avax

Kanak-kanak akan mendapat pendidikan sehingga Gred 8 dan apabila seorang anak berumur 15 tahun, mereka diberikan tahap rumspringa iaitu remaja diberi pilihan untuk melanggar peraturan dan meninggalkan komuniti.

Mereka akan cuba minum arak, merokok dan memakai pakaian moden. Selepas masa ini berakhir, 90% daripada golongan Amish muda ini akan kembali ke komuniti dan meneruskan untuk dibaptis dan mengikut peraturan.

Kredit :  tlc

Kini, orang ramai mula memberi perhatian kepada komuniti Amish. Terdapat satu rancangan realiti mengenai remaja Amish yang telah pergi ke New York dan cuba mengalami kehidupan moden di sini.

Orang ramai mula menyedari cara kehidupan golongan Amish yang lebih mesra alam dan akan pergi ke pasar Amish untuk membeli sayur-sayuran dan buah-buahan segar serta lain-lain keluaran komuniti Amish yang dibuat secara semulajadi.

7. Koloni Seni di Arden, Delaware

Kredit :  dannyschweers

Pada tahun 1900, dua orang sahabat, pengukir Frank Stephen dan arkitek Will Price telah membina satu perkampungan seni di Delaware, Amerika Syarikat. Penduduk di sini bebas menjalankan kehidupan dengan pekerjaan sendiri yang bebas serta membayar satu cukai tanah sahaja.

Kredit :  wikipedia

Para karyawan seni seperti pelukis, ahli muzik dan penulis amat sukakan konsep penempatan seperti ini. Jadi mereka telah membangunkan satu koloni seni dengan menjual hasil kerja tangan dan seni mereka di sini. Warga Arden ini menganggap mereka berfahaman Georgisme, di mana setiap orang itu hanya memiliki daya ciptaannya tetapi hadiah alam ini dimiliki oleh semua.

Kredit :  dannyschweers

Penempatan ini menjadi satu tempat kebahagiaan dan kegembiraan. Para pelancong akan datang ke sini untuk melihat acara pertunjukan seni dan festival yang dihasilkan oleh penduduk tempatan, dan mereka juga mengagumi rumah yang direka mengikut rekaan zaman pertengahan England.

8. Hogewey, sebuah penempatan ala The Truman Show bagi warga emas 

Kredit :  lemonde

Di tempat ini terdapat rumah, pasaraya, kafe dan air terjun seperti satu perkampungan yang mendamaikan. Namun begitu, penduduknya adalah terdiri daripada pesakit dementia atau lupa serta beberapa penyakit lain berkaitan usia tua yang pernah ditempatkan di hospital.

Penghuni Hogewey adalah terdiri daripada pesakit yang sedang mengalami penyakit atau warga tua yang kesunyian. Setiap pangsapuri sebenarnya adalah sebuah wad yang dihuni oleh lima hingga enam orang pesakit yang akan dijaga para pekerja hospital yang menyamar sebagai tuan kedai, pendandan rambut dan lain-lain.

Kredit :  hogeweyk.dementiavillage

Semuanya diurus seperti satu penempatan biasa supaya penghuni di dalamnya tidak akan meninggalkan perkampungan ini. Tiada doktor yang memakai kot putih supaya warga emas ini dapat menikmati kehidupan normal mereka seperti biasa.

Selain daripada bersiar-siar dan membeli-belah, para penghuni boleh menaiki basikal dan menyertai aktiviti hobi seperti bermain muzik, melukis,berkebun dan memasak. Mereka juga bebas untuk melakukan aktiviti harian seperti membasuh pakaian, memasak dan menjaga seseorang.

Kredit :  lemonde

Wad hospital ini direka sebegini rupa pada era tertentu demi menyesuaikan keadaan pesakit yang mempunyai memori jangka masa pendek apabila mereka mulai lupa seperti dari tahun 1970-an atau 1990-an.

Setiap wad mempunyai dapur bergerak yang boleh memanaskan makanan pesakit, seolah-olah mereka yang memasak sendiri di rumah.

Kredit :  cbc

Walaupun projek ini dikritik, namun kebanyakan pesakit yang menghuni perkampungan ini amat menyukai kehidupan di sini. Selera makan mereka telah bertambah dengan diri menjadi lebih ramah dan mereka juga kurang mengambil ubat-ubatan.

9. Finca Bellavista, sebuah komuniti rumah pokok

Kredit :  fincabellavista

Kisah mengenai komuniti rumah pokok di Costa Rica ini agak menarik. Pada satu hari, pasangan Matthew dan Erica Hogan telah membeli 600 ekar tanah hutan di satu kawasan yang akan menjadi mangsa penebangan hutan.

Mereka mula membina rumah pokok dan tidak lama kemudian tindakan mereka diikuti oleh beberapa orang yang berfikiran sama seperti mereka.

Kredit :  fincabellavista

Sepuluh tahun kemudian, perkampungan mesra alam ini telah berkembang di sepanjang pesisir pantai Lautan Pasifik ini. Mereka menggunakan bateri menggunakan kuasa solar, menjana elektrik bebas karbon, menggunakan air dari sumber hujan, bercucuk tanam buah-buahan dan sayur-sayuran sendiri dan melupus sampah melalui proses bio.

Setiap penghuni baru akan diberi garis panduan dan sumber yang perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Kredit :  fincabellavista

Menurut Erica, setiap rumah pokok adalah unik dengan pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan.

Mereka menggunakan tali ikatan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Ramai penghuni menyediakan kemudahan pangsapuri untuk disewa. Para pelancong boleh menyewa bilik atau pangsapuri yang selesa. Ia dilengkapi ruang makan dan akses Wi-Fi.

Kredit :  fincabellavista

Rumah pokok dengan penghuninya yang unik ini telah menarik perhatian haiwan lain seperti burung yang datang berkumpul di kawasan ini.

Kredit : finca_bellavista/instagram

Matthew dan Erica berkata, “Kami mengikut kata hati, bukan kerana para pelabur apabila kami membina tempat ini. Idea kami yang primitif telah memberi inspirasi kepada lain untuk membina kediaman di sini.”

Jadi yang mana satu tempat dengan penghuni manusia unik ini dikagumi oleh anda?

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds