Siapa sahaja yang perasan dan akur akan simbol-simbol arahan yang ditampal pada stesen minyak? Kebiasannya, akan ada simbol larangan menggunakan telefon bimbit dan merokok ketika berada di kawasan stesen minyak. Adalah penting untuk kita akur akan larangan tersebut. Kalau tidak, nahaslah.

Ada sebab mengapa amaran ini diletakkan di stesen minyak. Hal ini kerana kawasan stesen minyak merupakan kawasan yang boleh memicu kebakaran terjadi.

Mungkin hanya segelintir sahaja daripada kita yang tahu akan aliran elektrik statik, seperti yang dijana oleh tubuh badan manusia sendiri? Ketika kita sedang bergerak, wujud pergeseran dan ia menghasilkan caj elektrik statik dalam tubuh.

Di bawah ini kami lampirkan beberapa fakta penting mengenai kejadian statik di stesen minyak :

1. Daripada 150 buah kes, kebakaran lebih banyak terjadi kepada golongan wanita berbanding lelaki, kerana kebiasaan mereka masuk dan keluar daripada kenderaan sewaktu petrol sedang mengalir masuk ke dalam tangki.

2. Sebahagian besar kes berlaku apabila orang yang sedang mengisi minyak masuk kembali ke dalam kereta ketika hos masih di lubang tangki (muncung pam boleh menjadi pencetus kebakaran). Apabila mereka selesai mengisi bahan bakar dan keluar untuk menanggalkan pam, percikan api akan bermula – disebabkan oleh elektrik statik.

3. Majoriti berlaku kepada mereka yang memakai kasut bertapak getah dan memakai pakaian yang terdiri daripada serat sintetik.

4. Jangan gunakan telefon ketika sedang mengisi bahan bakar.

5. Wap yang berasal daripada petrol akan meyebabkan kebakaran ketika tersentuh dengan elektrik statik.

6. Daripada 29 buah kes yang dianalisis, ia berlaku apabila mereka kembali memasuki kenderaan mereka dan kemudian menyentuh pistol pam petrol semasa proses pengisian petrol. Hal ini terjadi pada kereta yang berlainan jenama dan model.

7. Cas elektrik statik mungkin berlaku ketika penumpang masuk ke dalam kereta semula dan pergeseran berlaku antara pakaian dan tempat duduk ketika keluar dan masuk daripada kenderaan. Bagi menghalangnya daripada berlaku, anda disarankan agar tidak masuk atau keluar daripada kenderaan sementara petrol sedang mengalir masuk. Jika mahu masuk atau keluar, lakukan sebelum atau selesai mengisi minyak.

8. Apabila petrol tertumpah atau terpercik ke atas lantai, pembersihan haruslah dilakukan segera kerana wap yang terhasil sangat mudah terbakar, dan boleh dihidupkan oleh percikan elektrik statik ketika menghidupkan peralatan elektronik (seperti telefon bimbit, alat kawalan jauh, dan lain-lain) atau dengan geseran kunci kenderaan itu sendiri. Oleh itu sebelum menghidupkan enjin, petrol yang tumpah harus dikumpulkan dan bersihkan oleh kakitangan stesen minyak.

Untuk menjamin keselamatan, berhentikan kenderaan, tarik brek tangan, matikan enjin, lampu dan radio. Jangan masuk kembali ke dalam kereta apabila petrol sedang diisi. Biasakan menutup pintu selepas masuk atau keluar.

Dengan cara ini, elektrik statik akan habis ketika bersentuhan dengan logam. Oleh yang demikian, elektrik statik pada tubuh akan dibuang pada logam dan bukannya pada pistol pam minyak berkenaan.

Saksikan video simulasi yang menunjukkan bagaimana elektrik statik boleh menyebabkan kebakaran ketika mengisi minyak:

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds