Aneh, INSPIRASI, Misteri & Fenomena, Pesona

Makhluk aneh ‘berbulu’ muncul dari dasar lautan. Bagai watak ‘Falkor -The Neverending Story’ itu wujud!

Makhluk aneh ‘berbulu’ muncul dari dasar lautan. Bagai watak ‘Falkor -The Neverending Story’ itu wujud!

Satu bangkai makhluk aneh ‘berbulu’ telah ditemui terdampar di sebuah pantai di Filipina. Penduduk tempatan yang menemui makhluk aneh dan misteri tersebut menjadi gempar dan ramai yang meneka spesies apakah makhluk ini.

Ada yang berkata ia seakan makhluk daripada cerita dongeng sehingga kepada anjing gergasi berbulu lebat. Dan ia masih menjadi misteri kerana rupanya yang aneh dan tidak pernah ditemui di mana-mana sebelum ini.

Kredit : Facebook | Marjorie May Cabatingan

Bangkai makhluk ini telah ditemui di pantai Cagdainao di Filipina. Makhluk misteri berbulu ini telah ditemui terdampar di pantai tersebut sehingga menimbulkan kegemparan kepada penduduk di situ. Dan mereka telah merakamkan foto bangkai makhluk berbulu tersebut sehingga ada yang berswafoto bagi tujuan kenang-kenangan.

Bangkai berbulu putih ini berukuran 20 kaki panjang, dan telah menjadi buah mulut orang ramai yang masih keliru dan cuba meneka spesies haiwan apakah ini.

Kredit :  Twitter | Ruffa Luci

Ada yang membuat spekulasi dengan mengatakan ia adalah seekor dugong berbulu, dan ada pula yang bergurau dengan mengatakan ia adalah anjing gergasi ‘shih tzu’. Manakala yang lain berkata ia mungkin haiwan ‘Falkor’ dari filem ‘The Neverending Story’ atau mungkin juga watak ‘Appa’ dari siri televisyen ‘Avatar : The Last Airbender.’

Semua tekaan liar itu akhirnya dihentikan apabila pihak berkuasa telah mengenal pasti makhluk aneh ini sebenarnya adalah seekor ikan paus yang telah mati selama dua minggu.

Kredit : Facebook | Marjorie May Cabatingan

Bangkai ikan paus ini telah mereput sehingga menghasilkan rupanya yang seperti itu. Satu imbasan DNA perlu dilakukan bagi mengenal pasti ia berasal dari spesies ikan paus yang mana satu.

‘Bulu’ lebat yang dilihat pada makhluk ini kemungkinan adalah serat otot ikan paus yang telah mereput 

Kredit : Facebook | Marjorie May Cabatingan

Selalunya hidupan marin yang telah mati di lautan jarang sekali akan terdampar dan muncul di pantai.

Akan tetapi, akibat gempa bumi yang telah melanda Filipina dengan magnitud 6.7 skala richter pada bulan Februari 2017, kemungkinan telah menyebabkan bangkai ikan paus ini telah dibawa arus sehingga terdampar di pantai Cagdainao.

Lihat video di bawah. 

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...