INSPIRASI, Keluarga, Kisah Inspirasi, NASIONAL

Bapa dipersalahkan kerana membiarkan anak gadisnya ikut bekerja bersamanya namun anak yang baik ini tampil menyuarakan pendapatnya

Bapa dipersalahkan kerana membiarkan anak gadisnya ikut bekerja bersamanya namun anak yang baik ini tampil menyuarakan pendapatnya

Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing mengenai kecantikan lebih-lebih lagi melibatkan warna kulit. Malah warna kulit bukanlah penentu sama ada seseorang itu cantik atau tidak. Bayangkan seseorang yang berkulit cerah tetapi wajahnya dipenuhi jerawat pasti orang akan berpendapat dia tidak cantik. Manakala jika seseorang berkulit gelap tetap bersih daripada sebarang jerawat dan jeragat pula akan dianggap cantik. Walaupun kita perlahan-lahan mengubah persepsi ini, namun masih ada orang yang berpendapat mempunyai kulit gelap tidak menarik.

Gadis muda dari Batu Pahat ini berkongsi pengalamannya ketika seorang lelaki yang kurang adab menanyai bapanya berkali-kali mengapa dia membenarkan anak perempuannya bekerja sehingga menyebabkan kulitnya gelap. Lelaki itu juga berkata bahawa dia mungkin tidak akan mendapat teman lelaki pada masa hadapan.

Kredit foto: Facebook

Kata gadis manis itu di Facebook miliknya: “Adakah kulit gelap itu bermakna tiada siapa yang akan menyukai anda? Adakah orang yang akan menjadi suami saya pada hadapan hanya akan peduli pada penampilan saya dan bukannya keindahan dalaman saya?”

Dia berkata demikian setelah melalui pengalaman pahit ketika dia membantu bapanya bekerja. Katanya dia akan mengikuti ayahnya pergi ke kilang-kilang untuk mengambil sisa besi. Pada hari itu, dia terpaksa mengikut ayahnya kerana pekerja ayahnya sibuk dan dia dengan senang hati membantu ayahnya.

Dia berkata, “Setiap kali saya membantu ayah saya, semua pak cik dari kilang-kilang akan bertanya kepada ayah soalan yang sama, ‘Kenapa awak membawa anak perempuan awak keluar sehingga menyebabkan kulitnya gelap’. Kami tidak mengendahkan mereka tetapi saya tidak senang dengan soalan-soalan seperti itu.

Sehinggalah pada suatu hari, dia mengikuti ayahnya pergi ke sebuah kilang di Parit Besar dan bertemu dengan lelaki yang berusia awal dua puluhan. “Lelaki ini kelihatan seperti seorang lelaki budiman tetapi rupa-rupanya dia seorang yang kurang adab. Di hadapan semua orang, dia bertanya kepada ayah saya dengan kuat, ‘Pak Cik, adakah pak cik membawa anak perempuan pak cik ketika keluar bekerja dan menyebabkan kulitnya menjadi gelap? Tidakkah pak cik takut bahawa tiada siapa yang mahu menikah dengannya?’ Lelaki itu berkata sedemikian banyak kali tetapi ayah saya tidak mengendahkannya.”

Dia sedih kerana merasakan kata-kata ini telah menyakiti ayahnya dan menjelaskan bahawa mereka tidak faham situasi mereka anak-beranak. “Saya telah membantu ayah saya sejak saya darjah 6 dan saya amat berbahagia dan gembira kerana saya dapat berbuat demikian. Kesihatan ayah semakin merosot jadi saya cuba menghabiskan banyak masa dengannya supaya saya tidak akan menyesal di masa hadapan.”

Katanya di akhir mesej tersebut bahawa seseorang itu tidak patut diadili berdasarkan penampilan luar atau warna kulit kerana ia bukan sahaja menyakitkan hati tetapi adalah perbuatan yang tidak sopan.

Ramai netizen turut menyokong mesej tersebut dan mengatakan bahawa mereka tidak melihat apa-apa masalah jika seseorang mempunyai kulit gelap. Mereka berkata, “Keindahan dalaman yang paling penting!”

Ingatlah, keindahan luaran tiada bermakna jika anda tidak mempunyai keindahan dalaman!

Sumber: WORLD OF BUZZ

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...