Nasib seorang bekas timbalan datuk bandar dari bandar Lüliang di provinsi Shanxi akhirnya diputuskan mahkamah. Dia telah dijatuhi hukuman mati kerana bersalah menerima sogokan bernilai USD160 juta (RM618 juta). Dia adalah pegawai China yang pertama dijatuhi hukuman mati selepas Presiden Xi berikrar untuk mengatasi gejala rasuah.

Zhang Zhongsheng dijatuhi hukuman mati pada hari Rabu selepas mahkamah mendapati dia bersalah menerima rasuah sebanyak RM618 juta.

Walaupun hukuman mati akan dikatakan tanpa penangguhan, Zhang masih boleh mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu dan hukuman mati mesti diluluskan oleh mahkamah tinggi di Beijing.

Walau bagaimanapun, dia hanya mempunyai 10 hari untuk mengemukakan rayuan. Jika dia tidak mengemukakan rayuan, keputusan kes itu akan diserahkan kepada Mahkamah Tinggi Shanxi dan kemudian kepada Mahkamah Agung untuk diperiksa dan diluluskan, lapor China Daily.

Kredit foto: Shanghaiist

Dikenali sebagai “godfather” oleh masyarakat setempat kerana pengaruh dan kuasanya, Zhongsheng “tidak memberi perhatian kepada undang-undang dan sangat tamak”.

Mahkamah mengatakan bahawa mereka mendapati perbuatan rasuah yang dilakukan oleh Zhongsheng adalah “sangat serius” yang menyebabkan “kerugian yang besar kepada negara dan rakyat”, lapor Xinhua.

Lelaki berusia 65 tahun itu menyalahgunakan jawatannya selama 16 tahun ketika menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan tempatan.

Dari tahun 1997 hingga 2013, dia bertanggungjawab memberi kelulusan dan lesen rasmi kepada projek arang batu, penggabungan dan pengambil alihan. Semua itu dilakukan secara haram dengan melibatkan wang sebanyak  1.04 bilion yuan, melaporkan Shine.

Mengikut mahkamah, jenayah Zhang telah menjejaskan ekonomi tempatan dan memberi kesan sosial yang negatif  di negara.

“Apabila melibatkan jumlah rasuah sangat besar serta memebri pengaruh sosial yang teruk, terdakwa boleh dijatuhi hukuman mati di bawah undang-undang.

Kredit foto: SCMP

Berikutan kejadian itu mahmakah juga memutuskan bahawa aset peribadi Zhang akan dirampas. Hal ini kerana dia tidak dapat memberitahu daripada mana sumber wang lebih daripada 130 juta yuan yang ada dalam simpanan aset peribadinya.

Kredit foto: Daily Mail

Sementara itu, di Malaysia, bekas pegawai DBKL yang menyalahgunakan jawatannya untuk mendapatkan lapan unit kondominium di Bandar Tun Razak, berjumlah hampir RM2 juta hanya dijatuhi hukuman penjara lapan bulan…

Sumber: SAYS

Share
Kategori: Asia Ekonomi

Video Popular

Ad will display in 09 seconds