Sejak dahulu, umum mengetahui semua tanaman memerlukan tanah dan air untuk terus hidup dengan subur. Namun kini, dengan perkembangan teknologi yang semakin mapan dari hari ke hari, kita telah diperkenalkan kepada teknologi kebun vertikal; yakni tanaman yang ditanam tanpa menggunakan tanah.

Bagaimana tanaman ini boleh terus hidup dengan subur? Inilah sebabnya video berkenaan kebun vertikal di laman Facebook NowThis Future mendapat perhatian netizen.

Kredit: NowThis Future/Facebook

Teknologi terbaharu yang diperkenalkan oleh syarikat AeroFarms ini dikatakan telah memberi kejutan buat industri pertanian. Hal ini adalah kerana ianya adalah begitu bertentangan dengan kefahaman normal tentang pertanian yang selama ini diamalkan oleh setiap orang.

Tentunya, pengenalan kepada konsep kebun vertikal ini tidak semuanya mendapat komen positif seperti yang disangka. Syarikat ini menerima banyak komen negatif yang membuat spekulasi kononnya tumbuhan yang terlibat sebenarnya mendapat nutrien daripada tikar yang digunapakai untuk mengalas tumbuhan tersebut.

Tidak kurang juga terdapat komen yang mempersoalkan sama ada tumbuhan tersebut mendapat mineral sepenuhnya atau tidak memandangkan konsep tanaman ini tidak menggunakan tanah.

Walau bagaimanapun, melalui teknologi kebun vertikal ini, semua tumbuhan ini hidup dengan menggunakan teknologi yang mampu untuk membahagikan semua nutrien dan mineral yang diperlukan untuk setiap satunya.

Kunci utama bagi teknologi ini yang perlu difahami oleh setiap orang adalah setiap satu akar tumbuhan ini saling berhubung dengan keadaan yang diletakkan di atas air– cara ini akhirnya akan membolehkan tumbuhan ini melakukan proses pengoksigenan kepada satu sama lain.

Kredit: NowThis Future/Facebook

Berdasarkan penerangan yang diberi oleh Ketua Pegawai Eksekutif AeroFarms, David Rosenberg, banyak kebaikan yang diberikan oleh konsep tanaman baharu ini. Penjimatan air, penjimatan penggunaan tanah dan penggunaan bahan kitar semula adalah antara kebaikan yang boleh diperolehi daripada pengamalan teknologi ini.

Oleh itu, tidak keterlaluan dikatakan bahawa teknologi ini terlihat menyakinkan dan agak menarik. Sebaiknya, kita perlu lebih menghargai dan meraikan kewujudan teknologi terkini ini sementelah ianya akan memberi kebaikan kepada penduduk bandar yang sentiasa mahukan produk tanaman yang segar.

Untuk keterangan yang lebih lanjut, tonton video berikut untuk kefahaman tentang kebun vertikal

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds