GAYA HIDUP, INSPIRASI, Kisah Inspirasi, Pesona, Ria

Baik hati! Melihat seorang wanita tua tidak mempunyai cukup wang untuk membayar barang-barangnya, ini yang dilakukan oleh seorang juruwang!

Baik hati! Melihat seorang wanita tua tidak mempunyai cukup wang untuk membayar barang-barangnya, ini yang dilakukan oleh seorang juruwang!

Pada September 2016, Gary Clark dari Indianapolis, Indiana, seperti biasa telah pergi ke pasar raya Marsh di Kentucky Avenue untuk membeli keperluan dapur. Tetapi hari itu, ada kejadian yang tidak disangka-sangka telah beraku di depan matanya di mana dia telah menyaksikan sendiri kebaikan hati seorang juruwang yang membuatnya bangga.

Posted by Gary Clark on Friday, May 6, 2016

Selepas mendapatkan kesemua barangan runcit yang diperlukan, Clark terus berbaris, menunggu gilirannya untuk membayar harga barang-barang tersebut. Ketika itulah dia terlihat seorang wanita tua di hadapannya…

Rupa-rupanya wanita itu menyedari bahawa dia tidak mempunyai cukup wang untuk membayar barangannya selepas juruwang melakukan imbasan pada barang-barangnya.


© Video | Wthr

Biasanya, pelanggan akan menyerahkan semula beberapa item jika berhadapan dengan situasi seperti ini. Tetapi dalam kes ini, lain pula yang berlaku. Juruwang tersebut bahkan dengan sukarela telah membayarkan separuh daripada jumlah harga barangan yang dibeli wanita tua itu.


© Video | Wthr

Menyaksikan kejadian yang menyentuh hati ini, Clark kemudian mengambil gambar juruwang bernama Janell itu dan memuat naik status di Facebook, menceritakan tetang kejadian yang berlaku.

“Wanita muda ini mengambil wang dari poketnya sendiri,” tulis Clark dalam status tersebut.

This girl is a cashier at Marsh on Kentucky Ave, her name is Janell. A elderly woman came through her line, did not have…

Posted by Gary Clark on Thursday, September 22, 2016

Menurut Fox 59, wanita itu memberitahu Janell bahawa dia tidak perlu membayarkan harga barangan itu untuknya, tetapi Janell berkata: “Anda selalu datang ke sini dan saya ingin membantu. Lagipula saya melalui minggu yang baik. “


© Video | Wthr

Status Facebook Clark kemudian menjadi viral dan telah dipos semula di laman Facebook “Love What Matters”. Ramai pengguna media sosial yang membaca kisah itu menceritakan tentang pengalaman mereka ketika ada seseorang yang menawarkan untuk membayar barangan mereka.


© Video | Wthr

“Saya pernah pergi ke 7-11 untuk membeli kopi dan atas sebab tertentu kad debit saya tidak dapat berfungsi dan juruwang tersebut telah membayarkan kopi itu untuk saya. Betapa baiknya dia!” tulis seorang netizen.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...