Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan secara berkala supaya kita dapat mengetahui tahap kesihatan diri sendiri dari masa ke masa. Namun, pemeriksaan itu tidak dapat dilakukan secara percuma dan bayarannya agak mahal lebih-lebih lagi jika dilakukan di hospital atau klinik swasta. Namun, ada kaedah lain yang boleh kita lakukan sendiri di rumah untuk memeriksa kesihatan kita. Kaedah yang mudah itu ialah dengan menggunakan sudu makan.

Benarkah dengan hanya menggunakan sudu makan kita dapat memeriksa kesihatan diri kita sendiri? Ikutilah langkah di bawah dan periksa sendiri hasilnya kemudian.

1. Ambil sudu makan dan gosokkan pada lidah anda sehingga sudu itu dilumuri air liur anda.

2. Selepas itu, masukkan sudu makan ke dalam beg plastik lut sinar.

3. Kemudian, letakkan beg plastik tersebut di bawah cahaya matahari atau lampu meja dan biarkan selama satu minit.

4. Selepas satu minit, periksa sudu tersebut.

Sekiranya anda mendapati sudu yang digunakan itu bersih tanpa kotoran atau bau yang tidak menyenangkan itu bermakna anda tidak mempunyai masalah kesihatan pada organ dalaman anda.

Namun, sekiranya ada bau:

1. Bau yang kuat ini bermaksud anda mempunyai masalah kesihatan pada bahagian paru-paru atau perut.

2. Bau manis menunjukkan berkemungkinan anda menghidap diabetes.

3. Bau ammonia bermaksud buah pinggang anda mengalami masalah kesihatan .

Kemudian, jika anda melihat terdapat kesan pada sudu tersebut seperti:

1. Lapisan tebal berwarna putih atau kuning itu bermaksud kelenjar tiroid tidak berfungsi.

2. Kesan berwarna ungu itu bermaksud peredaran darah yang lemah dan tahap kolesterol yang tinggi.

3. Kesan berwarna putih bermaksud jangkitan pernafasan.

4. Kesan berwarna oren membawa maksud kemungkinan anda mempunyai masalah pada buah pinggang.

Namun harus diingatkan bahawa kaedah ini adalah untuk tujuan maklumat dan tidak menggantikan konsultasi doktor. Anda harus bertemu dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dengan menggunakan kaedah yang sebenar.

Sumber: Cerpen.co.id / BRIGHT SIDE

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds