Bernard Shaw pernah mengatakan bahawa dunia penuh dengan pemalas yang tidak mahu bekerja tetapi ingin menghasilkan wang, sementara mereka yang bersedia bekerja tidak pula akan kaya. Jika anda bekerja keras tetapi gaji anda masih tidak banyak seperti yang diinginkan, hindari 12 perkara berikut.

12. Memandang rendah profesionalisme anda.

Kredit foto: depositphotos & depositphotos

Menurut Barbara Stanny dalam bukunya yang berjudul Secrets of Six-Figure Womenkebanyakan wanita yang tidak berpendapatan tinggi mempunyai ciri-ciri yang sama.  Antara ciri tersebut ialah mereka bersedia untuk menerima gaji yang rendah dan selalu memandang rendah pada kebolehan diri sendiri.

Selain itu, mereka menyangka mereka tidak cukup bagus untuk jawatan tertentu. Kebanyakan dari mereka takut untuk memikul tanggungjawab yang besar dan merasakan pencapaian mereka hanyalah satu kebetulan atau nasib baik.

Kadang-kadang adalah lebih baik bagi wanita itu mempunyai semangat yang tinggi seperti lelaki kerana semangat itulah yang membantu lelaki untuk mencapai impian mereka.

11. Bekerja tanpa gaji.

Kredit foto: depositphotos

Amy Morin, pengarang buku 13 Things Mentally Strong People Don’t Do mengatakan bekerja secara percuma menunjukkan kekurangan profesionalisme kerana anda menghabiskan masa, pengetahuan dan kebolehan anda untuk menyumbang kepada kemakmuran sebuah syarikat. Semua kerja perlu dibayar dan tawaran sedemikian boleh diterima hanya dalam kes-kes yang terkecuali sahaja.

Tanyakan pada diri sendiri: adakah pengalaman anda melebihi semua usaha yang telah anda curahkan? Jika ya, bekerjalah hanya demi mendapatkan pengetahuan dan pengalaman yang bernilai. Tetapi jangan biarkan tempoh ini terlalu lama.

10. Takut untuk meminta kenaikan pangkat.

Kredit foto: depositphotos & depositphotos

Pekerja wanita sering mengelak daripada bercakap mengenai kenaikan pangkat dengan majikan mereka kerana mereka takut ketidakpuasan dan pengutukan. Namun, anda berhak bersuara mengenai kenaikan pangkat tambahan pula bebanan kerja semakin bertambah tetapi gaji anda masih tidak berubah.

Menurut statistik, waktu yang lebih baik untuk bercakap mengenai kenaikan pangkat pada majikan ialah pada separuh pertama hari Jumaat. Namun elakkan bercakap mengenai perkara tersebut pada hari Isnin ketika minum pagi atau waktu makan tengah hari. Walau apa pun semua itu bergantung pada keperibadian, watak, tabiat dan sebagainya.

9. Terlupa bahawa masa itu adalah wang.

Kredit foto: depositphotos & depositphotos

Penyelidik Teknologi Maklumat, Peter Cochrane mendakwa bahawa terdapat hanya 2 jenis orang di dunia. Pertama, orang yang menghabiskan masa mereka untuk menjimatkan wang. Kedua, orang yang boleh menghabiskan sejumlah wang untuk menjimatkan masa. Dikatakan mereka yang berada dalam kategori kedua lebih produktif.

Bayangkan anda perlu mengambil sesuatu yang jauh dari anda. Kaedah pertama, anda akan menghabiskan masa selama 2 jam dan RM4.00 untuk sampai ke sana. Kaedah kedua, anda boleh memesan penghantar dan membayar RM20.00. Pilihan pertama nampaknya lebih menguntungkan tetapi sebenarnya jika jam kerja anda berharga RM40.00, lebih baik anda habiskan waktu kerja ini.

8. Menghabiskan lebih banyak masa di tempat kerja.

Kredit foto: depositphotosdepositphotos & depositphotos  

Presenteeism adalah situasi apabila seseorang menghabiskan lebih banyak masa di tempat kerja daripada yang sepatutnya walaupun mereka sakit. Terdapat banyak sebab untuk mereka melakukan perkara ini antaranya ialah ketidakupayaan untuk menguruskan masa ketika bekerja, terdesak untuk menunjukkan bahawa mereka adalah seorang pekerja yang bertanggungjawab atau mereka sebenarnya mempunyai keyakinan terhadap keperluan diri mereka sendiri. Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa tingkah laku seperti itu tidak akan membantu anda mendapatkan lebih banyak pendapatan.

Menurut salah seorang kakitangan Facebook, Sheryl Sandberg, ramai pengguna Facebook melayari media sosial itu pada waktu malam. Sekiranya dia masih bekerja sehingga lewat malam, itu akan menjejaskan kehidupannya. Dia mungkin tidak dapat menjadi ibu yang baik buat anak-anak disebabkan kurangnya masa bersama mereka.

7. Pandanglah ke hadapan dan bukannya di tempat yang sama.

Kredit foto: depositphotos & depositphotos

Ramai orang yang bekerja di pejabat cuba berada di kedudukan atas tanpa melihat peluang lain. Jayson DeMers, pengasas AudienceBloom dan Ketua Pegawai Eksekutif berpendapat bahawa pada satu sudut ia mungkin bagus tetapi di satu sudut yang lain ia mengehadkan perkembangan peribadi anda dan menghalang anda mendapatkan lebih banyak pendapatan.

Pentingnya anda menguasai bidang lain yang tidak berkaitan dengan kerja anda ialah ia akan menyumbang kepada kejayaan anda. Pertama, ia boleh membawa pendapatan tambahan. Kedua, orang yang berminat dengan banyak perkara lebih disukai dan akan mencapai hasil tertinggi dengan lebih cepat.

6. Jangan tanyakan diri sendiri soalan yang paling penting.

Kredit foto: depositphotos & depositphotos

Apa yang anda fikirkan tentang pekerjaan anda? Jika anda mempunyai banyak wang, adakah anda tetap bekerja di sana? Jika jawapannya tidak, fikirkan tentang apa yang anda lebih suka lakukan dan bagaimana ia akan membantu anda mendapatkan wang.

Mengapa perkara ini begitu penting? Sekiranya anda suka pekerjaan anda, anda akan melakukannya dengan senang hati dan bersemangat. Ia membantu anda untuk meningkatkan produktiviti. Apabila majikan anda melihat kesetiaan dan semangat anda yang ikhlas, dia akan berminat untuk menilai semula perkembangan kerjaya anda. Pekerjaan yang mengecewakan tidak akan menjadikan anda kaya.

5. Mempertimbangkan wang sebagai matlamat utama.

Kredit foto: depositphotos & depositphotos

Sudah tentu, wang adalah perangsang yang hebat tetapi kejayaan dan pembangunan seseorang tidak seharusnya berdasarkan ini sahaja. Jika seorang majikan harus memilih antara calon yang hanya ingin mendapatkan wang dan seseorang yang bersemangat untuk membantu syarikat mencapai matlamat baru, mereka mungkin lebih suka yang terakhir. Wang bukan matlamat tetapi sebagai alat pemangkin semangat dan perkara yang paling tidak munasabah adalah mendapatkan wang hanya demi mendapatkan wang pendapatan.

Anda harus berminat dengan apa yang anda lakukan. Keghairahan tulus anda akan diperhatikan dan peluang anda untuk dinaikkan pangkat juga akan terbuka luas. Lebih baik anda gunakan lebihan pendapatan untuk hobi anda kerana ia akan menjadikan anda lebih bahagia dan lebih produktif.

4. Hidup secara sederhana.

Kredit foto: depositphotos & depositphotos

Orang biasanya berkata, “Sudah cukup.” Itulah yang akan berlaku apabila anda sentiasa berjalan di laluan yang sama dan tidak cuba mencari cara lain.

Dunia sentiasa berubah dan tidak ada yang tetap. Mungkin hari ini anda mendapat pendapatan yang cukup tetapi bayangkan bagaimana jika tiba-tiba anda mahu minum kopi dan makan croissant di hadapan Menara Eiffel atau mula berfikir tentang memiliki anak. Apabila hakikat ini disedari, ia akan merangsang keinginan seseorang untuk bekerja lebih supaya pendapatan mereka bertambah. Setiap hari, cuba lakukan sesuatu yang lebih banyak daripada yang anda lakukan sehari sebelumnya.

3. Menggunakan kerja untuk menyembunyikan masalah hubungan.

Kredit foto: depositphotos & depositphotos

Kadang-kadang kita mencari perlindungan di tempat kerja hanya untuk bersembunyi daripada masalah harian kita. Keputusan sedemikian boleh mempunyai kesan jangka pendek tetapi tidak dapat membantu sepanjang masa. Penyelidikan menegaskan: orang bahagia mendapat pendapatan lebih daripada rakan sekerja mereka yang sedih.

Menyembunyikan masalah anda di tempat kerja bukanlah satu keputusan yang bijak. Lebih baik anda selesaikan masalah anda dengan cara yang lebih baik supaya anda dapat bekerja dengan minda yang lapang.

2. Tidak terlalu memberi perhatian kepada penampilan anda.

Kredit foto: depositphotos

Pakar Exeter University dan pakar Harvard Medical School menyimpulkan bahawa orang-orang yang tinggi dan kurus mendapat lebih banyak pendapatan berbanding rakan sekerja mereka yang bersaiz kecil dan berat badan berlebihan. Para saintis berpendapat bahawa orang-orang yang tinggi dan kurus mempunyai kemahiran sosial dan tahap kecerdasan emosi yang lebih tinggi dan mereka juga lebih yakin.

Anda seharusnya menjadikan hasil kajian ini sebagai motivasi untuk melakukan perubahan seperti pergi ke gim, teruskan berdiet dan memberi perhatian yang lebih kepada kesihatan anda.

1. Lakukan perkara yang anda mahu lakukan.

Kredit foto: depositphotos

Richard Branson mengatakan bahawa ia sangat penting untuk melangkaui jangkaan pelanggan dan bukan sekadar memenuhi permintaan mereka.

Untuk menunjukkan minat dalam pertumbuhan profesional anda, cuba lakukan sesuatu yang lebih daripada yang dijangkakan oleh semua orang. Ambil inisiatif yang berbeza supaya anda dapat mengoptimumkan proses kerja anda.

Antara kaedah lain untuk menambah pendapatan ialah, jadikan hobi anda sebagai sumber pendapatan, mengambil upah sebagai pekerja bebas, menjadi penulis blog atau lain-lain.

Sumber: BRIGHT SIDE

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds