Kadang kala barangan antik yang diturunkan kepada generasi seterusnya boleh dinilai dengan harga yang tinggi. Apa yang pewaris selalu tidak ketahui ialah berapa nilai sebenar sesuatu barangan antik yang diwarisi mereka, seperti wanita muda dari Pennsylvania ini.

Kredit foto: Youtube/ WTVIPBSCharlotte

Apabila sebuah satu rancangan televisyen “Antiques Roadshow “ tiba di Harrisburg, Pennsylvania pada tahun 2017, seramai 5,000 orang telah membanjiri Pusat Ekspo Pertunjukan Pertanian Pennsylvania untuk menilai barangan antik dan harta bernilai mereka. Ramai pemilik barangan ini yang agak terkejut apabila mendapat tahu nilai sebenar harta warisan mereka.

Kredit foto: Facebook/WITF

Salah seorang daripadanya ialah wanita muda yang membawa lukisan warisan keluarga ke rancangan itu dan wanita ini menjadi sangat terkejut apabila mendapat tahu nilai yang telah diberitahu oleh jurunilai lukisan Meredith Hilferty.

Wanita ini memberitahu Meredith, sebelum dia menerima lukisan tersebut daripada neneknya yang telah meninggal dunia, ia sentiasa tergantung di dinding di atas katilnya.

Kredit foto: Wikimedia/ Botaurus

Katanya, “Ayah nenek saya mungkin memberi lukisan ini kepadanya semasa nenek menghabiskan musim panas di ladang percutian mereka ketika umurnya baru 19 tahun dalam tahun 1940-an.”

Wanita muda ini tidak pasti sama ada ia adalah lukisan sebenar atau lukisan yang dicetak apabila dia menerimanya. Tetapi nyamuk yang berada di bawah kaca yang menutupi bingkai lukisan telah membantunya mengesahkan lukisan ini.

Kredit foto: Wikimedia/  Botaurus

Kata wanita ini, “Saya membawa lukisan ini ke halaman hadapan dan membukanya untuk menghalau nyamuk, supaya saya boleh membawanya ke kolej, dan saya berasa sedikit takut juga. Saya menutupnya semula dengan segera kerana saya melihat lukisan ini seakan hidup.”

Kredit foto: Wikimedia/  Botaurus

Apabila ditanya sama ada dia pernah menghantar lukisan ini untuk dinilai, katanya, “Pada tahun 1998, ia telah dinilai sebagai lukisan bercetak pada harga RM772 dan pada tahun 2004 ia telah dinilai dengan harga RM965.”

Kredit foto: Wikimedia/ Botaurus

Apa yang tidak diketahui wanita muda ini ialah, lukisan antik warisan keluarga ini tiada salinan lain dan semuanya tidak pernah dicetak. Lukisan antik ini telah dilukis oleh artis kelahiran Perancis bernama Henry Francosi Farny. Henry Francosi telah tinggal di Pennsylvania pada akhir tahun 1800-an dan telah bersahabat baik dengan kaum Indian Seneca dan Sioux.

Kredit foto: Wikimedia/Botaurus

Meredith Hilferty memberitahu wanita ini yang Henry Francosi telah hidup dengan puak Indian dalam ‘keadaan yang baik, tenang dan aman’, seperti mana yang dilihat dalam kebanyakan lukisannya yang lain.

Kredit foto: Youtube/ WTVIPBSCharlotte

Dan tiada siapa yang mempersiapkan diri wanita muda ini dengan perasaan spontannya apabila Meredith memberitahu nilai sebenar lukisan tersebut.

Kredit foto: Youtube/ WTVIPBSCharlotte

Lukisan hasil karya seni asli Henry Francosi Farny yang dilukis pada tahun 1892 ini bernilai antara RM772,000 sehingga RM1,158,000.

Kredit foto: Youtube/ WTVIPBSCharlotte

Wanita ini seakan tidak mempercayai dengan apa yang telah didengarinya! Tiba-tiba dia menjadi sebak, menutup mulutnya dan mengalirkan air mata. Tiada perkataan yang boleh menggambarkan kejutan yang sedang dialaminya.

Kredit foto: Youtube/| WTVIPBSCharlotte

Wanita muda bertuah ini tidak pula menyangka yang dia telah mewarisi lukisan peninggalan keluarga yang bernilai sebegitu tinggi harganya.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds