7 Monumen paling bersejarah kini ‘dibina’ semula dalam bentuk 3D, ayuh mengembara dan terokai semula struktur asal seni bina tersebut! Fatihah 31/03/2018 tweet Related Posts 6 orang penumpang ini telah terselamat dalam tragedi Titanic tetapi kewujudan mereka telah dinafikan daripada catatan sejarah. Mengapa mereka dilupakan? Burung pipit dilabel musuh dan ancaman, kempen penghapusan oleh diktator ini menemui kegagalan dan sebaliknya jutaan rakyat mati kebuluran Pengkaji temui kubur lama di mana mayat wanita tersebut melahirkan anaknya di dalam kubur setelah meninggal dunia Seorang lelaki telah membawa pulang sejumlah batu biru yang ditemui semasa bercuti, rupa-rupanya batu tersebut bukan batu biasa! Lelaki terjumpa terowong rahsia yang menuju ke bandar purba paling dalam di dunia semasa mengubahsuai rumah! Share this on WhatsAppNegara-negara seperti Greece, Itali, Mesir dan Mexico sememangnya terkenal dengan beberapa monumen sejarah yang paling menarik di dunia. Namun begitu, tidak semua bangunan bersejarah yang dibina kekal bertahan hingga kini dan selepas berabad-abad hanya beberapa monumen sahaja yang masih tersisa, mengingatkan kita tentang beberapa empayar yang pernah gah menakluk alam suatu ketika dahulu. Projek Expedia, NeoMan telah dicipta dengan kerjasama Maja Wrońska dan Przemek Sobiecki dari “This is Render”, kini memberi kita peluang yang unik untuk mengembara dan meneroka semula struktur asal monumen beberapa bersejarah sebelum rosak dimamah usia. Pasukan kreatif ini telah membina semula 7 bangunan kuno yang terkenal menggunakan animasi 3D, membawa kita kembali semula ke ratusan tahun sebelum ini serta menunjukkan bagaimana monumen-monumen tersebut dibina. Berikut adalah beberapa hasil seni bina ketika zaman purba suatu masa dahulu, begitu menakjubkan! Parthenon (Greece) “Pada zaman kuno, kuil ini melindungi patung emas monumental Athena, dewi kebijaksanaan, kerajinan dan perang Yunani. Terletak di atas bukit di Acropolis, sebuah benteng purba di Athens, Parthenon dilihat mempunyai reka bentuk yang menakjubkan. Pada tahun 1687, ia telah rosak teruk akibat terlibat dalam Perang Turki, tetapi walau bagaimanapun masih banyak seni bina Doric yang masih kukuh dan dapat bertahan daripada letupan yang berlaku. Sebahagian besarnya juga masih utuh hingga ke hari ini. Kini tapak sejarah ini menjadi antara tempat yang paling dilawati pelancong setiap tahun.” Piramid Nohoch Mul (Cobá) (Mexico) “Tapak ini dianggap telah mengalami tahap kehancuran pertama kalinya antara 100 SM dan 100 AD dan ditinggalkan sekitar tahun 1550, iaitu ketika ketibaan para penakluk Spanyol. Pada ketinggian 137 kaki, Nohoch Mul adalah Piramid Mayan tertinggi yang ada di Semenanjung Yucatan dan piramid Mayan kedua tertinggi di dunia. Ia telah ditemui pada tahun 1800-an, tetapi tapak arkeologi ini tidak dibuka kepada orang ramai sehingga tahun 1973, kerana hutan tebal yang mengelilinginya menjadikannya sukar untuk ditemui. Kini anda boleh pergi ke sana dengan menaiki pengangkutan awam atau kereta. “ Area Sacra di Largo Argentina (Itali) “Dataran di Rom ini ditemui semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan pada tahun 1920-an. Kuil B adalah yang bangunan terbaru dibina jika dibandingkan dengan empat kuil dan enam tiang yang lain. Tangga yang dibina juga masih kukuh dan bercantum dengan bangunan tersebut. Pengunjung yang ke kawasan tersebut tidak hanya akan menemui tapak arkeologi yang menarik, tetapi akan menemui ratusan ekor kucing yang tinggal di antara runtuhan di situ. Ada sukarelawan yang akan memberi makan, membersihkan serta menjaga kucing-kucing tersebut dan pengunjung digalakkan untuk bermain atau mengadopsi mereka.” The Piramid of the Sun (Mexico) “Teotihuacán adalah salah satu pusat bandar pertama di pusat Mexico dan kini merupakan salah satu tapak arkeologi yang paling penting di Mexico. Ia dibina antara abad ke-1 dan ke-7. Apa yang misterinya, mereka yang membina bandar-bandar kompleks pertama di rantau ini dikatakan telah hilang secara misteri selepas itu. Piramid ini adalah bangunan terbesar di Teotihuacan dan salah satu piramid tertua di pusat Mexico. “ Kuil Jupiter (Itali) “Dibina sebagai sebuah dedikasi kepada Musytari, dewa langit dan guntur, candi ini menjadi pusat agama paling utama di kota Pompeii, sebuah kota Roman kecil di Teluk Naples. Ia berdiri megah di Forum dengan Gunung Vesuvius di belakangnya. Letusan gunung berapi yang berlaku pada Ogos 79 AD, telah memusnahkan kota Pompeii. Kawasan ini ditemui semula pada abad ke-16 dan gali cari yang dilakukan selepas bertahun-tahun telah membolehkan jutaan pelancong kini berpeluang melihat sendiri corak kehidupan seharian masyarakat di kota Rom sekitar abad pertama lagi.” Kuil Luxor (Mesir) “Sejak penubuhannya, Kuil Luxor, yang namanya berasal dari istilah Arab, al-Uksur (benteng/kubu), telah menjadi tapak suci. Kuil itu dibina ketika pemerintahan Amenhotep III pada tahun 1380 SM dan selepas beberapa ratus tahun, kuil itu telah diubahsuai oleh Rameses II dengan membina sebuah pintu masuk yang hebat dan halaman terbuka. Kuil Luxor juga dikatakan mewakili sebahagian seni bina batu paling lama yang ada pada zaman Mesir kuno. Ia adalah sebahagian daripada sejarah Mesir yang panjang yang harus dihayati.” Milecastle 39 (sebahagian daripada Tembok Hadrian) (England) “Tembok Hadrian dikatakan telah mula dibina pada abad pertama AD. Ahli sejarah masih membahaskan sebab-sebab pembinaan tembok ini. Teori yang paling popular ialah Hadrian membina tembok tersebut ketika kedatangan Kaisar Rom pada tahun 117 AD, sebagai perlindung kepada empayarnya supaya selamat. Untuk meningkatkan tahap keselamatan, kubu-kubu yang dikenali sebagai milcast juga telah diletakkan di sepanjang tembok tersebut. “ Era Baru 1 2 3 Share this on WhatsApp tweet Kategori:Arkeologi ANDA JUGA MUNGKIN SUKA Bukti yang menunjukkan pengguna jalan raya Jepun sememangnya sangat beradab dan bersopan santun! Lagak ngeri penunggang motosikal yang menakjubkan, lebih hebat lagi apabila ia dilakukan oleh seorang wanita Jangan tidak tahu! Inovasi hebat ini dapat menyelamatkan mangsa kebakaran dalam beberapa minit! Pemain bola tampar dari langit – kasihan pasukan lawan, tiada peluang menang langsung! Pemain bola tampar dari langit – kasihan pasukan lawan, tiada peluang menang langsung! Pilihan Editor 6 orang penumpang ini telah terselamat dalam tragedi Titanic tetapi kewujudan mereka telah dinafikan daripada catatan sejarah. Mengapa mereka dilupakan? 10 penemuan secara tidak sengaja yang telah membawa kekayaan seumur hidup kepada manusia bertuah ini Seseorang telah memanggil gadis ini bodoh kerana melakukan perkara yang berbahaya, namun mengubah fikiran setelah mengetahui nama gadis itu Kamera badan seorang anggota polis merakamkan detik ketika dia menjumpai kanak-kanak berusia 3 tahun yang hilang – tindakannya akan menyentuh perasaan anda Tidak sangka realiti kehidupan legenda gusti terkenal dunia, Andre Si Gergasi ini sungguh memilukan Seorang wanita terjuntai di luar pesawat setelah enjin meletup dan memecahkan tingkap di sebelahnya 2018-03-31 Fatihah