Automobil, Pesona, Produk Teknologi

10 unit saja di dunia! SUV yang paling mahal di dunia dijual pada harga RM 14.7 juta – dan dalamannya kelihatan begitu mewah!

10 unit saja di dunia! SUV yang paling mahal di dunia dijual pada harga RM 14.7 juta – dan dalamannya kelihatan begitu mewah!

Karlmann King dihasilkan oleh syarikat IAT dari China yang merupakan SUV paling mahal di dunia pernah dijual. Harganya bermula daripada USD 2 juta (RM 7.8 Juta) untuk model asas atau USD 3.8 juta (RM 14.7 juta) jika anda memilih kesemua pilihan aksesori tambahan, termasuklah kerangka kalis peluru. 

SUV ini telah diumumkan pada Pameran Motor Antarabangsa Dubai pada tahun lepas dan pengeluarannya dikatakan terhad kepada hanya 10 unit sahaja.

SUV sepanjang enam meter ini dibina atas platform Ford F-550 dan beratnya mencecah 4.5 tan. Jika diubah suai menjadi kalis peluru, beratnya boleh mencecah 6 tan. Bahagian luarnya dibina daripada serat karbon dan keluli.

SUV ini dilengkapi dengan enjin V10 6.8 liter daripada Ford yang dikatakan mampu menjana kuasa mencecah 400 kuasa kuda. Walaupun dengan kuasa itu, kelajuan maksimum Karlmann King hanyalah 140km/j. Memang agak perlahan kerana faktor badannya yang selebar 2.5 meter dan seberat enam tan, perkara itu tidak dapat dielakkan.

Ruang dalaman jentera ini cukup mewah dengan lampu ambien, TV boleh lipat, peti sejuk, mesin pembancuh kopi, PlayStation 4, peti keselamatan peribadi dan meja yang dioperasi secara elektrik. Kesemuanya boleh dikawal melalui aplikasi telefon bimbit.

Rekaan SUV ini dilaporkan diinspirasikan daripada pesawat pejuang halimunan (Stealth Fighter) tetapi lebih kelihatan seperti sebuah Batmobile. Menurut IAT, pembeli boleh mendapatkan versi enam pintu dengan enam tempat duduk.

Tonton video jentera yang sangat gah dan mewah ini:

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...