BISNES, Ekonomi, GLOBAL

H&M dilanda masalah besar apabila stok pakaian bernilai RM16.6 bilion tidak laku dijual!

H&M dilanda masalah besar apabila stok pakaian bernilai RM16.6 bilion tidak laku dijual!

Gedung pakaian terkenal dari Sweden iaitu H&M kini dilanda masalah besar apabila gagal mencapai sasaran jualan dan kini terpaksa menanggung lebihan stok pakaian dan aksesori yang tidak laku dijual sehingga mencecah nilai sebanyak RM16.6 bilion!

Dalam dunia fesyen, sekiranya berlaku masalah seperti ini di mana jumlah penjualan dengan stok inventori tidak selaras, ia menunjukkan petanda yang tidak baik.

Kredit: Fashionista

Dalam laporan terkini syarikat tersebut, H&M mencatatkan penurunan drastik dalam jualan yang mengakibatkan lambakan stok pakaian dan aksesori tidak terjual. Perkara ini jelas mendatangkan kebimbangan dan kemungkinan besar syarikat tersebut tidak dapat menandingi persaingan daripada jenama pakaian lain.

Sejak dua dekad lalu sewaktu H&M ditubuhkan, syarikat ini tidak pernah mencatatkan penurunan dalam penjualan. Malah, ianya semakin berkembang pesat daripada satu kedai di Stockholm kepada 4,700 buah kedai di seluruh dunia!

Kredit: Business Insider

Berita ini merupakan satu berita yang amat mengejutkan.

Penurunan jualan ini dilaporkan berlaku akibat kecenderungan pelanggan untuk membeli-belah secara atas talian dan mahu mencari pakaian berjenama dengan harga yang lebih murah.

Kredit: Barron’s

Sementara itu, Karl-Johan Persson yang merupakan ketua eksekutif syarikat itu menjelaskan bahawa masalah lambakan stok berkenaan adalah disebabkan pembukaan 220 kedai baharu di samping tindakan H&M mengembangkan aktiviti e-pemasarannya.

Bagaimanapun, pakar penganalisis dan juga pengasas Neev Capital yang dikenali sebagai Rahul Sharma tidak dapat menyembunyikan rasa tidak yakin terhadap syarikat berkenaan dan menggelarnya H&M sebagai ‘kemusnahan secara perlahan-lahan’.

Kredit: Atrio

H&M kemudian memaklumkan bahawa syarikatnya akan melancarkan jenama baharu dikenali sebagai Afound yang akan menjual pakaian daripada pelbagai jenama termasuklah H&M. Selain memberikan diskaun tertentu, syarikatnya juga akan menambah tiga pusat logistik pada tahun ini bagi meningkatkan perkhidmatan penghantaran.

Walaupun H&M melalui detik-detik yang sukar, diharap perubahan drastik yang telah dilakukan mampu menaikkan semula prestasi jualan syarikat gergasi itu.

Era Baru

Kategori:BISNES Ekonomi GLOBAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...