KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mencadangkan kadar gaji kehidupan wajar bulanan untuk rakyat yang bekerja di Kuala Lumpur sebanyak RM2,700 hingga RM6,500.

Menurut Gabenor BNM iaitu Tan Sri Muhammad Ibrahim, terdapat tiga kategori yang telah ditetapkan iaitu RM2,700 untuk individu bujang, RM4,500 untuk pasangan yang tiada anak dan RM6,500 pula bagi pasangan dengan dua orang anak.

Anggaran gaji berkenaan dikatakan sebagai anggaran yang wajar yang diperlukan oleh isi rumah berpendapatan median agar boleh tinggal di Kuala Lumpur dengan selesa.

Tambah Ibrahim lagi, Kuala Lumpur menjadi penanda aras bagi anggaran gaji kehidupan wajar ini memandangkan bandar tersebut dianggap sebagai kawasan kos sara hidup paling tinggi di Malaysia diikuti Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Kredit: CNBC

“Dengan mengambil kira RM2,700 di Muar atau Kubang Kerian contohnya, pastinya jumlah itu adalah tinggi dan golongan bujang boleh menikmati kehidupan adalah selesa kerana kos sewa rumah juga adalah rendah.”

Berdasarkan Laporan Tahunan 2017 BNM, penemuan bagi isi rumah dewasa bujang adalah selaras dengan kenyataan yang menunjukkan graduan ijazah pertama memperoleh gaji permulaan sebanyak RM2,207 manakala diploma pula sebanyak RM1,346 sebulan.

Sementara itu, sebanyak 70% isi rumah yang memiliki pendapatan di bawah gaji kehidupan wajar hanya mempunyai seorang ahli keluarga bekerja.

“Mereka yang berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar kebanyakannya lulusan sekolah menengah dengan pekerjaan berkemahiran rendah hingga pertengahan manakala mereka yang berpendapatan di atas gaji kehidupan wajar kebanyakannya graduan pengajian tinggi dengan pekerjaan berkemahiran tinggi”.

Tambah Ibrahim lagi, “Gaji bulanan median pada 2016 untuk pengurus dan profesional di Malaysia, masing-masing RM5,500 dan RM4,450 sebulan adalah jauh melebihi anggaran gaji kehidupan wajar untuk isi rumah dewasa bujang”.

Kredit: The Malay Mail Online

Berbeza dengan gaji minimum, pelaksanaan gaji kehidupan wajar tidak begitu meluas dan sebahagiannya terbatas kepada beberapa negara yang maju sahaja.

Walau bagaimanapun, kemungkinan akan berlaku perbezaan dari segi ciri pasaran pekerja dan persekitaran ekonomi semasa bergantung kepada kesan makro ekonomi sesebuah negara.

Dalam erti kata lain, pembayaran gaji kehidupan wajar adalah lebih mudah semasa ekonomi sedang berkembang dan majikan tidak terdesak untuk mengurangkan kos tenaga kerja. Pelaksanaan gaji kehidupan wajar ini juga hanya berkesan seandainya gaji itu ditetapkan pada aras yang realistik dan mapan.

Kredit: Free Malaysia Today

Justeru, pengiraan anggaran gaji kehidupan wajar perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan pekerja dapat memperoleh taraf hidup minima manakala majikan pula berkemampuan untuk membayar gaji yang sesuai dengan produktiviti pekerja.

“Menetapkan kadar gaji kehidupan wajar yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan majikan menyalurkan kos gaji tambahan kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Tetapi, sekiranya gaji kehidupan wajar berjaya dilaksanakan, manfaatnya dapat dinikmati oleh pekerja dan majikan dengan kesan buruk yang terhad kepada ekonomi”.

Kredit: Lowyat.net

“Ini bergantung kepada beberapa prasyarat. Anggaran gaji kehidupan wajar mestilah sesuai dan cukup munasabah untuk mendorong majikan supaya membayar gaji yang berpatutan kepada pekerja. Gaji kehidupan wajar juga perlu diiringi dengan produktiviti yang lebih tinggi dan ini memerlukan usaha bersama daripada majikan, pekerja, kesatuan sivil dan sektor awam”.

BNM turut merancang untuk menubuhkan Biro Perangkaan Buruh Malaysia pada tahun hadapan bagi membolehkan kerajaan membuat pemantauan mengenai peluang pekerjaan dan gaji bulanan.

Sumber: Utusan OnlineMalaysiaKiniThe Star

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Ekonomi NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds