Para pekerja di sebuah bilik pameran kereta di China telah dikejutkan dan terpaksa bekerja keras setelah seorang wanita membeli kenderaan BMW mewah dan membayarnya dengan menggunakan wang dengan nilai kecil!

Usahawanita yang dikenali sebagai Cik Li itu dilaporkan telah memasuki pusat perniagaan tersebut yang terletak di Zhengzhou dan menghulurkan lebih 100,000 helai wang kertas untuk membeli kereta BMW 730Li.

Kredit: Pinterest

Setiap wang kertas berkenaan dengan nilai satu yuan atau RM0.61 dan setelah pekerja bertungkus-lumus mengira wang berkenaan, didapati jumlahnya adalah sebanyak RM54,389!

Menurut laporan China Daily, baki harga kereta mewah tersebut dibayar oleh Cik Li dengan menggunakan kad kredit. Sementara itu menurut laporan daripada South China Morning Post pula, seramai 20 orang pekerja terpaksa menghabiskan masa sekitar enam jam untuk mengira kesemua wang berkenaan!

Dalam satu temubual bersama Pengarah Pemasaran, Jia Tinghai, reaksi pertamanya apabila berhadapan dengan situasi tersebut adalah:

“Oh Tuhanku!”

Ketika ditanya mengapa Cik Li berbuat demikian, jawapan yang diberikan adalah kerana dia terlalu sibuk sehingga terpaksa menyimpan kesemua wang itu untuk dibelanjakan ke atas pembelian kereta.

Sebelum itu pada awal tahun ini, seorang lelaki dari daerah Hebei turut melakukan perkara yang sama. Lelaki berkenaan dikatakan telah membeli sebuah kenderaan yang bernilai melebihi RM30,631 dan bertindak membayarnya dengan menggunakan duit syiling sahaja!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh Asia INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds