Baru-baru ini seorang pelancong dari Thailand dikatakan telah ditahan oleh Jabatan Kastam Thailand dan terpaksa membayar cukai kerana membawa sebuah beg berjenama itu dianggap terlalu baru!

Menurut China Press, Jabatan Kastam Thailand sebelum ini mengumumkan bahawa mana-mana pelancong yang membawa barang-barang peribadi bernilai lebih daripada 20,000 baht (lebih kurang RM2,480) harus memberitahu pihak berkuasa mengenai item tersebut semasa memasuki atau keluar negara.

Item tersebut termasuklah barangan seperti komputer riba, gajet, barangan berjenama dan kamera.

Walaupun pihak berkuasa mengatakan bahawa para pelancong boleh memilih sama ada mereka mahu memberitahu tentang barang peribadi mereka atau tidak, mereka walau bagaimanapun menasihati pelancong yang membawa banyak barang berharga supaya berbuat demikian.

Ini adalah untuk mengelakkan pelancong dikenakan cukai apabila mereka memasuki Thailand dengan barang-barang mereka kerana mereka dapat membuktikan kepada Kastam Thai bahawa barangan itu milik mereka.

Sumber: Bangkok Post

Bagaimanapun, seorang netizen Thai telah memuat naik status Facebook pada 16 Mac lalu, selepas dia diminta membayar cukai 20,000 baht (kira-kira RM2,480) untuk beg berjenamanya ketika memasuki Thailand.

Pegawai kastam berkata, “Ini adalah beg tangan baru, semua beg tangan edisi terbaru pada 2018 akan dikenakan cukai.”

Gambar sekadar hiasan | Sumber: Anybuylk

Rupa-rupanya beg itu telah dibeli pada Februari 2018 dan dia dikatakan tidak mengisytiharkan perkara tersebut semasa dia meninggalkan negara itu sehingga menyebabkan pegawai-pegawai percaya bahawa dia telah membelinya di luar negara.

Ini bukan kali pertama pelancong mempunyai masalah dengan Jabatan Kastam Thailand. Tidak lama dahulu, dua orang rakyat Malaysia telah ditahan dan tidak dibenarkan masuk ke Thailand kerana tidak mempunyai wang tunai yang cukup.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds