Asia, GLOBAL

Warga Malaysia hadapi hukuman mati mandatori di Bali setelah membawa dadah dalam rektum

Warga Malaysia hadapi hukuman mati mandatori di Bali setelah membawa dadah dalam rektum

Pada 11 Mac, seorang pemuda warganegara Malaysia berusia 23 tahun ditahan di Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali bersama dua orang kawannya yang berasal dari Indonesia setibanya mereka dari Bangkok.

Kredit:  The Nation

The Nation melaporkan bahawa tiga orang itu kelihatan mencurigakan semasa mereka melalui pemeriksaan keselamatan di terminal antarabangsa lapangan terbang itu.

Ketua Jabatan Kastam dan Cukai Ngurah Rai, Himawan Indarjono memberitahu The Nation bahwa pemeriksaan sinar-X mendedahkan bahawa terdapat “perkara-perkara yang mencurigakan” di dalam tubuh dan barang-barang mereka.

Ketua Jabatan Kastam dan Cukai Ngurah Rai, Himawan Indarjono. (Kredit: Suara NTB)

Mereka kemudiannya dibawa ke bilik kastam dan cukai untuk dilakukan pemeriksaan badan.

Menurut Himawan, pegawai kastam kemudian mendapati tiga paket methamphetamine, seberat 90.71g, tersembunyi di dalam rektum lelaki warganegara Malaysia itu. Terdapat juga dadah seberat 36.2g yang terdapat dalam begnya.

Dua orang lagi pesalah warga Indonesia juga didapati menyembunyikan beberapa paket methamphetamine di dalam rektum mereka, seberat hampir 305g. Salah seorang daripada mereka bahkan telah menyembunyikan empat paket methamphetamine seberat  165.57g di dalam rektumnya.

Ketiga-tiga mereka kini boleh didakwa dengan tuduhan memiliki dadah yang boleh membawa hukuman mati mandatori di Indonesia jika disabit kesalahan.

Menurut ABC News, terdapat 18 orang yang telah disabitkan dengan penyeludupan dadah telah menerima hukuman mati sejak pemerintahan Presiden Joko Widodo dan kebanyakan mereka adalah warga asing.

Sebelum ini, The Jakarta Post melaporkan Ketua Polis Indonesia Gen. Tito Karnavian mengatakan hukuman mati adalah cara yang efektif untuk mencegah masalah pengedaran dadah.

Ketua Polis Indonesia Gen. Tito Karnavian. (Kredit: The Jakarta Post)

Era Baru

Kategori:Asia GLOBAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...