GAYA HIDUP, Kerjaya, Korporat

Untuk elakkan kakitangan kerja lebih masa, kerajaan Korea Selatan tutup semua komputer pekerja secara automatik bermula pada jam 7 petang

Untuk elakkan kakitangan kerja lebih masa, kerajaan Korea Selatan tutup semua komputer pekerja secara automatik bermula pada jam 7 petang

Mungkin ramai antara kita yang cuba untuk mengelak daripada kerja lebih masa kerana kita sedar ada keluarga yang perlu diberikan perhatian dan keberadaan kita di rumah adalah sesuatu yang penting.

Namun berbeza dengan kakitangan di Korea Selatan kerana kerja lebih masa merupakan antara sebahagian daripada budaya kerja mereka. Malah, menurut BBC kebanyakan mereka bekerja dengan purata 2,739 jam setahun, iaitu 1,000 jam lebih daripada pekerja di negara maju lain.

Sumber: Storypick

Dalam usaha untuk menghentikan budaya kerja lebih masa ini, kerajaan Korea Selatan cuba untuk ‘memaksa’ pekerja mereka supaya berhenti kerja tepat pada waktunya.

Mereka bahkan melancarkan inisiatif dengan mematikan semua komputer pekerja secara automatik pada pukul 8 malam pada hari Jumaat.

Kerajaan Metropolitan Seoul akan memperkenalkan inisiatif tersebut bermula 30 Mac, tetapi langkah ini akan dilaksanakan dalam tiga fasa dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Fasa kedua dijangka bermula pada bulan April di mana komputer pekerja akan ditutup bermula pada jam 7.30 malam pada Jumaat minggu kedua dan keempat bulan itu. Akhirnya, pada bulan Mei, semua komputer akan ditutup pada pukul 7 malam setiap hari Jumaat.

Sumber: UPI

Anda mungkin berfikir bahawa mereka akan gembira kerana mereka tidak perlu bekerja lebih masa lagi tetapi itu tidak berlaku di Korea Selatan.

Walaupun semua pekerja tertakluk kepada peraturan ini, mereka walau bagaimanapun boleh meminta pengecualian dalam keadaan-keadaan tertentu.

Dilaporkan bahawa kira-kira 67.1 peratus pekerja kerajaan telah diminta untuk dikecualikan daripada perlaksanaan tersebut.

Dalam satu lagi usaha untuk menggalakkan pekerja berhenti bekerja lebih masa, perhimpunan kebangsaan Korea Selatan baru-baru ini mengumumkan bahawa waktu kerja mingguan maksimum akan dihadkan kepada 52 jam, bukan lagi 68 jam seperti yang sebelum ini.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...