Beliau tidak pernah malu dengan solekan alis mata yang begitu menyerlah dan gemar menggunakan gincu berwarna gelap. Tetapi, kini Christina Aguilera telah memutuskan untuk melakukan sesuatu yang tidak dijangka. Kita dapat lihat Christina bergaya semasa sesi penggambaran bertajuk ‘Transformation’ untuk kulit majalah Paper Magazine.

Menerusi gambar berikut, barulah kita tahu sebenarnya penyanyi popular berkenaan mempunyai jeragat pada wajahnya. Malah, apa yang lazim kita lihat padanya iaitu pesona yang lantang dan berani sebenarnya adalah seorang wanita yang lembut dan mempersonakan.

Ramai yang berasa beliau kelihatan lebih cantik dan elok begini berbanding penampilannya dengan solekan.

“Saya sentiasa dilihat sebagai individu yang suka bereksperimentasi, sukakan teater, dan mencipta garis cerita serta memainkan karakter di dalam video mahupun ketika berada di atas pentas. Saya seorang penghibur semula jadi. Tetapi, saya berada di satu tahap di mana saya mahu menzahirkan penghargaan buat diri – keindahan diri sendiri,” jelas beliau.

Namun ramai juga yang masih was-was dengan trend tanpa mekap ini. Hal ini kerana mereka melihat para selebriti masih lagi memakai solekan, menjalani pembedahan plastik dan mempunyai penasihat serta perunding kecantikan masing-masing bagi menjaga penampilan mereka. Justeru, mereka tidak begitu yakin dengan selebriti yang mendakwa mereka cantik secara semula jadi dan mahu menyarankan agar orang ramai agar mereka berbuat demikian.

Walau apapun anda fikir, anda harus akui bahawa Christina benar-benar nampak cantik secara semula jadi dan beliau turut kelihatan segar dan lebih muda berbanding usia. Tapi anda jangan tertipu pula, kerana beliau masih lagi sukakan solekan.

Christina Aguilera tidak pernah malu dengan solekan alis mata yang begitu menyerlah dan gemar menggunakan gincu berona gelap.

xtina

Namun kita tidak menyangka akan keberaniannya yang tampil bergambar tanpa mekap untuk kulit majalah Paper Magazine

Zoey Grossman/ Paper

Zoey Grossman/ Paper

Zoey Grossman/ Paper

Zoey Grossman/ Paper

Zoey Grossman/ Paper

Zoey Grossman/ Paper

Zoey Grossman/ Paper

Zoey Grossman/ Paper

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds