Asia, Kempen, KESIHATAN

Hukuman penjara sehingga 10 tahun jika anda didapati menghisap rokok elektrik di Thailand

Hukuman penjara sehingga 10 tahun jika anda didapati menghisap rokok elektrik di Thailand

Jika anda merancang untuk ke Thailand dalam waktu terdekat ini, anda perlu ambil perhatian terhadap perkara ini! Mungkin ada segelintir pengunjung setia Thailand yang sudah tahu tentang larangan merokok di beberapa buah pantai di negara terbabit. Jika ditangkap melakukan kesalahan berkenaan, maka pesalah akan didenda sebanyak THB100,000 (RM12,700) atau penjara setahun.

Kredit foto: The Guardian

Sejak itu, ramai pelancong yang mengunjung ke sana berhati-hati untuk tidak melanggar peraturan berkenaan. Walau bagaimanapun, ada juga yang masih tidak tahu akan peraturan tersebut. Kalau anda rasa hukuman itu sudah cukup berat, fikir sekali lagi, kerana hukuman yang dikenakan buat penghisap rokok elektrik adalah jauh lebih berat. Hal ini kerana, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun! Peraturan berkenaan telah dilaksanakan sejak tahun 2014.

Petikan daripada “Undang-undang dan Kastam Tempatan” di laman web Pejabat Luar Negara Thailand, “Anda tidak boleh membawa ‘vaporiser’ (seperti rokok elektronik dan e-baraku) atau isian semula ke Thailand. Ia mungkin dirampas dan anda boleh didenda atau dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika disabitkan. Jualan dan pembekalan rokok elektronik dan peranti yang sepertinya juga turut dilarang, dan anda boleh dikenakan denda dan penjara 5 tahun jika sabit kesalahan.”

Kredit foto: Vapor Voice

Menurut News.com.au, walaupun menghisap rokok elektronik dianggap biasa di Thailand, namun ia sebenarnya merupakan barang larangan. Baru-baru ini, seorang agen pelancongan dari United Kingdom berkongsi pengalaman anak buahnya ketika berada di Thailand, di mana anak buahnya itu ditangkap dan didenda £125 (RM690) selepas ditangkap menghisap rokok elektronik.

Jadi buat mereka di luar sana, sentiasa berhati-hati ketika mengunjung ke negara asing. Lebih-lebih lagi ke Thailand. Jangan bawa peranti rokok elektronik anda pula ya!

Sumber: WORLD OF BUZZ

Era Baru

Kategori:Asia Kempen KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...