INSPIRASI, Kebudayaan, Pendidikan, Pesona

Cara-cara untuk mengendalikan konflik mengikut kaedah rakyat Cina dahulukala

Cara-cara untuk mengendalikan konflik mengikut kaedah rakyat Cina dahulukala

Pada zaman sekarang, sering kali terdapat paparan berita pada tajuk utama di mana ia berkaitan dengan pergaduhan, keganasan dan lebih teruk lagi kejadian pembunuhan. Kejadian yang kerap dilaporkan pada akhbar adalah seperti “seorang lelaki tertuduh menyerang rakan sekerja dengan menggunakan alat pembuka skru” ataupun “ jiran dalam khayalan dadah bertindak ganas”.

Kredit foto: Epoch Times

“Bagaimana seseorang yang begitu normal boleh bertindak sedemikian rupa dan tidak berfikiran secara rasional?” Kita mungkin pernah berfikir tentangnya sebelum ini, ia biasanya terjadi melalui perkara kecil seperti pertengkaran kecil dengan pasangan hidup ataupun menggunakan bahasa kasar terhadap pemandu yang memotong laluan kita sewaktu dalam perjalanan ke pejabat.

Amat mudah untuk menyalahkan orang lain hanya untuk melepaskan kemarahan anda sahaja. Tetapi orang Cina pada zaman dahulu mengatakan bahawa mereka ada kaedah untuk meredakan stress dan ketegangan.

Kredit foto: Pixabay

Membiarkan orang lain menganggu jiwa ketenangan anda akan memberikan mereka beranggapan bahawa mereka lebih berkuasa dari anda. Adalah lebih baik biarkan sahaja orang sebegitu dan maafkan perbuatan mereka, kerana sifat manusia sentiasa berubah dan mereka secara sendirinya akan menghentikan perbuatan mereka. Apabila menunjukkan sikap mengampuni, ia secara tidak langsung akan menyentuh hati orang yang melakukan perbuatan yang tidak elok. Sekiranya anda berjaya mengawal diri anda daripada bertindak di luar jangkaan, anda sebenarnya telah berjaya menguasai diri anda untuk sentiasa tenang di luar dan secara spiritual.

Berikut di bawah adalah beberapa cerita traditional budaya rakyat Cina yang telah diturunkan secara turun-temurun yang berkaitan dengan toleransi. Cerita ini mungkin akan dapat memberikan anda inspirasi untuk diri anda sekiranya anda mengalami suasana ketegangan di antara rakan sekerja ataupun sesiapa sahaja.

Apa yang anda akan lakukan sekiranya jiran anda merosakkan tanaman anda? Ketahui kaedah cara penduduk orang Cina pada zaman dahulu.

Kredit foto: Lionel Rich/Wikimedia

Song Jiu merupakan seorang gabenor di negeri Liang semasa Tempoh Peperangan Negeri (722 SM hingga 481 SM) di zaman dahulu China. Bersempadan dengan Liang adalah negeri Chu, dan sempadan antara kedua-dua negara ditandakan dengan memberikan jawatan. Petani ladang tembikai dari setiap negeri masing-masing bekerja di tanah sendiri.

Penduduk Liang bekerja keras dan sering menyuburkan tanah mereka, dan membuatkan tembikai mereka besar dan sedap. Tetapi penduduk Chu pula malas, Mereka jarang menyiram tanah mereka dengan air, lalu tembikai mereka bertumbuh kecil dan lenguh.

Dari cemburu, pada suatu malam orang Chu menyeberangi sempadan dan merompak tanaman tembikai milik petani Liang, mereka juga merosakkan kebanyakan hasil tanaman tersebut. Keesokan harinya, petani Liang melihat kerosakan tanaman mereka. Mereka berasa amat marah dan melaporkannya kepada gabenor Song, atas usaha untuk membalas dendam.

Song menggelengkan kepalanya dan berkata, “Kita tidak patut berbuat demikian. Mencari musuh adalah jalan yang menuju ke arah malapetaka. Membalas dendam hanya untuk orang yang berfikiran sempit, dan hanya kerana mereka berbuat begitu kita tidak seharusnya bertindak juga sepertinya.”

Sebaliknya, gabenor Song telah memberi satu cadangan. Petani-petani Liang perlu pergi ke ladang Chu setiap malam untuk menyiram tanaman mereka. Mereka harus lakukan secara rahsia dan tidak boleh bercakap mengenainya terutama kepada penduduk Chu.

Keesokan harinya, ketika orang Chu keluar untuk memeriksa tanaman mereka, mereka melihat bahawa ia sudah disiram. Dengan bantuan rahsia dari orang-orang Liang, tanaman tembikai Chu bertumbuh dengan lebih sihat dan lebih baik setiap hari. Orang Chu menganggapnya pelik dan mula menyiasat. Apabila mereka mendapati bahawa orang Liang telah membantu mereka, mereka melaporkan kepada kerajaan negeri dan memberitahu bahawa mereka tersentuh dengan tindakan penduduk Liang.

Raja Chu kemudian memohon maaf kepada penduduk Liang dengan memberikan mereka hadiah sebagai buah tangan iklhas daripadanya, menjanjikan persahabatan antara kedua-dua negeri. Liang dan Chu kemudian membangunkan satu persekutuan yang hebat dan kukuh.

Kisah tentang kebijaksanaan dan kebesaran Song Jiu tetap diingati, cerita bagaimana dia membalas tindakan yang berbahaya dengan tindakan kebaikan telah diceritakan sejak zaman-berzaman.

Menyelesaikan persengketaan hartanah mengikut kaedah Perdana Menteri warga Cina pada zaman dahulu.

Kredit foto: Theby/Unsplash.com

Di Masyarakat Wilayah Tongcheng, Wilayah Aihui, di China, terdapat laluan yang amat terkenal dengan jarak kira-kira 100 meter dan mempunyai kelebaran sehingga dua meter. Ia dipanggil “Laluan Enam Kaki” dan mempunyai kisah indah disebaliknya.

Zhang Ying, merupakan seorang pegawai terkenal yang hidup semasa Dinasti Qing, dilahirkan di Masyarakat Wilayah Tongcheng. Walaupun rumahnya mempunyai kawasan tanah kosong, jirannya telah mengambil keputusan untuk membina tembok pagar ke atasnya untuk menuntut pemilikan kawasan tersebut. Keluarga Zhang sering kali bersengketa dengan jiran mereka tentang tembok pagar tersebut tanpa sebarang kata putus untuk menyelesaikan situasi tersebut.

Pada ketika itu juga, Zhang adalah perdana menteri negeri yang menetap di ibu kota. Ahli keluarganya telah mengirimnya surat yang meminta beliau untuk bercampur tangan dalam pertikaian pemilikan tanah tersebut. Apabila Zhang membaca surat itu, dia membalasnya dengan menulis puisi pendek:

Sebuah surat yang telah merentas beribu-ribu batu, hanyalah untuk sebuah tembok;

Apa yang membiarkan dia memiliki jarak tiga kaki lagi?

Tembok Besar masih kukuh dan keras,

Tetapi di manakah Maharaja Qin berada?

Qin Shi Huang, Maharaja pertama China.

Kredit foto: NTDTelevision

Tembok Besar China dibina di bawah perintah pertama Dinasti Qin kira-kira 2,000 tahun sebelum Dinasti Qing. Hanya dengan menyebut kisah sejarah ini, Zhang bertujuan untuk menjelaskan kepada keluarganya bahawa hidup ini terlalu berharga dan singkat hanya untuk melayan perbuatan yang tidak menguntungkan dan tidak penting.

Apabila melihat puisi ini, saudara-saudaranya berasa malu. Mereka segera mengikuti arahan Zhang dan memberikan ruang tanah berjarak tiga kaki kepada jirannya, yang kemudiannya tersentuh akan sikap rendah hati Zhang. Jiran itu kemudian menyerahkan tiga kaki hartanah miliknya sendiri lagi dan terhasilnya sebuah laluan enam kaki. Kisah tentang Laluan Enam Kaki ini telah diturunkan dari generasi ke generasi di serata China.

Bagaimana untuk mengendali ancaman dan umpatan orang lain mengikut kaedah warga Cina pada zaman dahulu.

Kredit foto: Ben White/Unsplash.com

Lin Xiangru merupakan seorang diplomat berasal dari negara Zhao, semasa Tempoh Peperangan Negeri yang akhirnya beliau diberi jawatan sebagai perdana menteri. Kejayaan yang pantas telah menarik kemarahan Jeneral Lian Po, yang dipaksa menuruti arahan daripada Lin.

Lian Po berasa marah dan berkata secara terbuka: “Saya seorang jeneral dan saya mendapat status saya dengan menakluk kawasan daerah. Manakala Lin Xiangru mendapat kedudukan yang lebih tinggi hanya dengan bercakap sahaja. Saya patut memalukan dia sekiranya saya berhadapan dengannya.”

Mendengar ancaman Lian, Lin berasa tidak gentar dan membuat satu tindakan untuk mengelakkan bersemuka dengannya. Ini termasuk melengah-lengahkan rombongan Lian ketika dalam perjalanan untuk bersemuka dengannya.

Pengikut Lin menyangka bahawa Lin takut kepada jeneral. Mereka memberitahunya, “Walaupun kedudukan anda lebih tinggi daripada Jeneral Lian Po, anda takut untuk bersemuka dengannya dan cuba menghindarinya. Malah orang biasa akan berasa malu untuk lakukan tindakan seperti itu. Tolong izinkan kami berundur.”

Lin menjemput mereka untuk duduk bersama dan mendengar sebab mengapa beliau bertindak sedemikian terhadap ugutan Lian.

Beliau bertanya, “Siapakah yang anda fikir lebih berkuasa, Ketua Lian Po atau Raja Qin?”

Pengikutnya serentak menjawab bahawa Raja Qin lebih berkuasa daripada Jeneral Lian Po.

Lin kemudian berkata, “Saya berani berhujah dengan raja Qin dan menengkingnya, jadi kenapa saya harus takut terhadap Jeneral Lian?”

Lin seterusnya menjelaskan: “Jeneral Lian dan saya adalah sebab wilayah Qin tidak berani menyerang negeri kita. Dua ekor harimau tidak boleh bersama jika mereka bertarung. Saya bertolak ansur dengan tingkah lakunya kerana saya utamakan kebaikan penduduk dan rakyat saya berbanding sifat pentingkan maruah diri saya.”

Selepas Jeneral Lian Po mengetahui sebab keterangan Lin, Lian Po berasa malu akan dirinya dan datang meminta maaf. “Saya terharu dengan kemurahan hati anda. Saya tidak sangka bahawa sangat bertoleransi terhadap saya!” Katanya kepada Lin.

Semua rasa benci di antara mereka berdua dilupuskan dari hati masing-masing. Dan mereka mula menjadi kawan rapat.

Berupaya untuk membetulkan kesilapan seseorang telah dianggap sebagai amalan mulia sejak zaman dahulu kala. Rakyat memuji Jeneral Lian Po kerana mempunyai semangat untuk bertaubat dan memberi perubahan terhadap dirinya. Lin Xiangru juga dikagumi kerana sikapnya yang tenang ketika berhadapan dengan persengketaan, dan utamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri.

Lautan Toleransi.

Kredit foto: CopraCenter

Toleransi adalah salah satu sifat kebaikan yang paling penting bagi budaya masyarakat Cina tradisional. Ia menggambarkan sifat tidak mementingkan diri sendiri, kebijaksanaan, dan berfikiran luas. Sifat itu terbina hasil disiplin pada diri dan bermanifestasi secara semula jadi. Ia membawa memperbaiki hubungan kita dengan orang lain dan juga merapatkannya.

Kembali pada zaman dahulu, orang yang bijak dan orang baik memandang tinggi sudut pandangan mereka. Jika berlaku masalah, mereka akan fikirkan kesusahan orang lain dahulu sebelum memikirkan untuk kepentingan diri.

Laozi.

Kredit foto: Epoch Times

Laozi, seorang yang bijaksana dari China zaman dahulu, mengajar bahawa seseorang yang mempunyai sifat kebaikan yang tinggi dapat melihat secara menyeluruh untuk membina jalan yang harmoni selaras dengan “Tao,” ataupun “Jalan Besar.” Dia berkata: “Sebab-sebab mengapa sungai dan laut adalah luas dan mempunyai kedalaman yang menakjubkan adalah, ia menggunakan paras terendah untuk mengumpulkan air yang berasal dari aliran dan anak sungai yang kecil.

Ini mempunyai makna untuk merangkul dan merangkumi semua perkara, seseorang juga mesti mempunyai hati yang penuh belas kasihan. Semakin luas hati kebaikan seseorang itu, semakin besar ia merangkumi sifat perwatakan diri orang itu.

Orang yang mempunyai sifat kebaikan yang tinggi tidak bersikap mementingkan diri sendiri, dan berpegang tinggi terhadap nilai moral. Mereka menjadi lebih baik, toleransi, dan bersedia untuk membantu orang lain tanpa memikirkan kepentingan diri.

Sekiranya anda berhadapan dengan konflik, ingatlah bahawa kita ini adalah “lautan” besar yang mempunyai keupayaan tanpa had untuk mengumpul aliran air daripada anak sungai. Kita boleh menjadi “lautan” itu.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...