Menjalani kehidupan yang sihat bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan disiplin dan motivasi diri yang tinggi untuk kita terus patuh akan peraturan untuk menjadi sihat.

Segelintir daripada kita begitu yakin apa yang mereka lakukan itu sudah pasti menyihatkan tubuh badan. Tetapi sebenarnya, tidak semua perkara yang kita rasa selamat itu benar-benar memberi manfaat kepada tubuh, sebaliknya membawa kepada kemudaratan. Sebagai contoh, tabiat di bawah ini :

#1 Memakan vitamin C saat terkena selesema

Memang tidak dapat dinafikan bahawa vitamin C mengandungi pelbagai khasiat. Ia boleh meningkat kepadatan tulang, mengelakkan serangan Alzheimer yang membawa kepada selesema dan sebagainya.

Sungguhpun begitu, memakan vitamin C tidak membantu meningkatkan tahap kesihatan anda dengan cepat. Malah, dos maksimum untuk dewasa yang disyorkan adalah 2,000mg sehari.

Makan berlebihan sebaliknya akan meningkatkan risiko komplikasi seperti cirit-birit, mual, muntah, pedih ulu hati, sakit kepala dan kesan sampingan yang lain.

#2 Mengorek lubang telinga menggunakan putik kapas

Kredit foto: Coach Nine

Anda mungkin rasa menggunakan putik kapas untuk membersihkan lubang telinga adalah selamat. Tetapi sebenarnya apa yang anda lakukan adalah, anda menolak kotoran masuk lebih dalam lagi. Hasilnya, lebih banyak kotoran yang terkumpul di dalam dan ia berpotensi untuk merosakkan gegendang telinga anda!

Solusinya, anda hanya perlu lakukan gerakan menguyah dan akhirnya kotoran akan keluar dengan sendirinya.

#3 Gunakan ‘hand sanitizer’

Hand sanitizer dilihat sangat membantu untuk membasmi bakteria pada tangan sewaktu kita berhadapan dengan masalah ketiadaan air, tiada tandas berhampiran atau anda tiba-tiba malas untuk membasuh tangan. Namun, menggunakan hand sanitizer bukanlah satu kaedah yang bersih secara mutlak.

Masih ada bakteria dan virus yang masih berbaki pada tangan walaupun anda telah memakainya. Hal ini kerana ia tidak terkesan dan kebal dengan hand sanitizer tersebut. 

#4 Minum jus dan smoothie buah-buah 

Jus merupakan alternatif sihat, terutamanya bagi mereka yang sedang berdiet. Tapi ia sebenarnya bukanlah pengganti makanan yang ideal.

Buah-buahan turut mengandungi jumlah gula yang sama jumlahnya dengan air manis yang sering kita minum, dan oleh kerana ia dalam bentuk cecair, ia akan lebih mudah dihadam.

Sejurus sahaja jus sampai ke perut, perut kita tidak dapat mengenal pasti perbezaan antara jus ataupun air manis berkarbonat. Yang terbaik adalah, makan sahaja buah yang original.

#5 Bergantung kepada vitamin untuk mengekalkan nutrien

Kredit foto: Happy Happy Vegan

Jangan salah anggap, ya. Memakan vitamin A, C dan E membantu badan untuk menukarkan makanan menjadi tenaga dan menghalang kita menjadikan makanan menjadi tenaga dan menghalang anda daripada mengalami masalah kekurangan zat.  

Sebenarnya, apa yang kita makan sangat membantu tubuh untuk meresap vitamin tambahan dengan lebih mudah. Jadi, jika anda tidak makan makanan yang berkhasiat, kurangkan pengambilan vitamin tambahan anda kerana makan terlalu banyak vitamin hanya membawa kepada kemudaratan berbanding dengan manfaat.

#6 Minum air yang ‘tidak bergula’ dan ‘air diet’

Kredit foto: The Independent

Jika anda berniat untuk mengurangkan pengambilan gula, lebih baik anda hanya minum air mineral sahaja. Air ‘tidak bergula’ atau ‘air diet’ sebenarnya hanya menukarkan gula dengan pemanis tiruan. Jadi, kurangkan ya!

#7 Memberus gigi sejurus sahaja selepas makan

DoktorBudak.com

Berus gigi selepas sahaja kita selesai makan hanya akan menghakis lapisan enamel dan mencederakan gusi anda. Memberus 2-3 kali dalam sehari (tidak kurang 2 minit) adalah normal.

Anda juga dinasihatkan untuk tunggu selama 30 minit kemudian barulah memberus gigi. Biarkan dahulu air liur mencuci partikel makanan dan mengimbangi tahap pH di dalam mulut.

#8 Minum 8 gelas air sehari

Kekal terhidrasi adalah penting tetapi sentiasa ingat bahawa tahap dehidrasi setiap orang adalah berbeza. Anda sebenarnya tidak perlu minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Tubuh anda akan memberitahu anda apabila ia berasa dehidrasi, hanya minum apabila anda haus.

#9 Elak memanaskan makanan mengunakan ketuhar gelombang mikro.

Medimanage

Fakta: ketuhar gelombang mikro tidak menyebabkan kanser. Tahap radiasi tidak mencukupi untuk mendatangkan kemudaratan kepada anda. Ia malahan lebih selamat untuk memanaskan lauk yang sudah sejuk berbanding dengan pemanasan terus menggunakan gas dapur biasa. Hal ini kerana ia hanya akan membakar nutrien di dalam makanan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds