Kebenaran, Kempen, NASIONAL

300 juta orang telah mengisytiharkan menarik diri daripada Parti Komunis China, berikut adalah sebabnya

300 juta orang telah mengisytiharkan menarik diri daripada Parti Komunis China, berikut adalah sebabnya

KUALA LUMPUR –  Pada 23 Mac 2018, bilangan orang yang mengaku telah menarik diri daripada Parti Komunis China (PKC), Liga Pemuda dan Perintis Muda telah melebihi 300 juta orang.

Sebelum ini, pada 18 Mac 2018, “Pusat Khidmat Meninggalkan Parti Komunis China” datang ke Segitiga Emas Kuala Lumpur untuk mengumumkan bahawa 300 juta telah menarik diri daripada PKC, Liga Pemuda dan Perintis Muda. Marilah kita mengucapkan tahniah kepada mereka dan harap mereka mempunyai masa depan yang lebih baik selepas menarik diri dan kami berharap berita ini akan menarik perhatian lebih ramai orang.

Pada hari itu, sukarelawan membawa sepanduk dan memberi amaran bahawa matlamat utama PKC adalah untuk menghancurkan umat manusia. Diharap orang ramai dapat memahami dengan jelas tentang sifat kejahatan PKC. Langkah ini menarik ramai orang untuk berhenti dan menonton, merakam video dan mengambil gambar dengan telefon bimbit mereka. Ramai yang meminta maklumat lanjut untuk memahami kebenaran tentang apa yang berlaku.

Pada masa yang sama, Pusat Khidmat Meninggalkan Parti Komunis China juga memuji penerbitan buku berjudul ‘The Ultimate Goal of Communism-China’. Jurucakap itu menyatakan dan merayu kepada semua orang bahawa kita mesti membaca dan memahami buku ini ‘The Ultimate Goal of Communism-China’ untuk memahami dengan lebih lanjut tentang pemikiran jahat PKC.

‘PKC tidak mewakili China dan semangat patriotisme tidak bermaksud anda menyokong parti tersebut. “

Encik Chia Lee Kuang, berkata semasa wawancara bahawa acara hari itu sangat penting dan berharap rakyat Malaysia benar-benar akan memahami sifat jahat Parti Komunis.

Penerbitan ‘The Ultimate Goal of Communism-China’ khususnya akan membantu orang ramai untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang niat jahat PKC. Orang ramai perlu sangat jelas bahawa PKC tidak mewakili China dan semangat patriotisme tidak bermaksud anda menyokong parti tersebut.

Sukarelawan Cik Xie menyebut bahawa kebanyakan kita di Malaysia berfikir bahawa Parti Komunis tidak wujud di Malaysia yang merupakan sebuah negara demokratik. Sebenarnya, daripada semasa ke semasa Parti Komunis telah mencemarkan fikiran kita. Beliau berharap semua orang boleh membaca buku ‘The Ultimate Goal of Communism-China’ untuk memahami dengan lebih lanjut.

Buku ini mendedahkan ‘matlamat utama komunisme’

19 November 2017, buku ‘The Ultimate Goal of Communism-China’ telah diterbitkan melalui Epoch Times News Network. Ini adalah kesinambungan daripada ‘Nine Commentaries on the Communist Party’. Selepas penerbitannya, ia telah menerima banyak pujian daripada pembaca.

Jabatan editorial ‘Nine Commentaries’ menggunakan perspektif unik dan berbeza dengan menggabungkan sejarah dan realiti untuk mengkaji dengan teliti pemusnahan budaya manusia dan akhlak oleh komunisme dan niat jahat Parti Komunis dalam memusnahkan masyarakat China dan dunia. Bagi orang yang memahami, mereka akan sedar akan bahaya komunisme kepada dunia.

Pada bulan November 2004, editorial ‘Nine Commentaries’ telah menerbitkan ‘Nine Commentaries on the Communist Party’ buat pertama kalinya menerangkan sifat kejahatan parti komunis dan penderitaan serta krisis mendalam yang dibawa oleh Komunis China kepada negara China.

Pada masa ini,  ‘Nine Commentaries on the Communist Party’ telah diterjemahkan lebih daripada 30 bahasa. Ia diterbitkan di banyak negara dan disyorkan secara meluas oleh sarjana politik. Ia dikenali sebagai ‘dialisis mendalam beratus-ratus tahun kerja yang memberikan impak yang mendalam kepada komunisme’.

Ia secara efektif menggalakkan pergerakan untuk memecahkan ideologi komunisme di global dan telah membuat ramai penduduk negara China untuk menarik diri daripada PKC. Ia telah membuat sumbangan yang besar kepada masyarakat untuk menyedari tentang bahayanya komunisme.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...