Uber Technologies Inc telah bersetuju untuk menjual bahagian Asia Tenggaranya kepada Grab, menjadikan perjanjian tersebut antara perjanjian paling signifikan yang membabitkan perniagaan pengangkutan atas talian yang di rantau ini.

The Independent

Uber walau bagaimanapun akan menerima 27.5% kepentingan dalam Grab dan ketua pegawai eksekutifnya akan menyertai lembaga syarikat yang berpangkalan di Singapura itu.

Dalam satu kenyataan di laman web itu, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Grab, Anthony Tan mengelar pengambilalihan tersebut sebagai “permulaan era baru”.

 Ore Huiying/Bloomberg

Beliau menambah lagi dengan mengatakan bahawa gabungan dua syarikat penyedia perkhidmatan kenderaan itu akan membuatkan syarikat tersebut berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memenuhi janji terhadap para pelanggan.

Pengasas bersama Tan Hooi Ling pula mengatakan bahawa perjanjian tersebut sebagai “bukti pertumbuhan luar biasa Uber di seluruh Asia Tenggara dalam tempoh lima tahun.”

Perjanjian itu dikatakan akan menjadi ‘gencatan senjata’ antara Uber dan Grab selepas pertempuran yang panjang untuk memonopoli pasaran Asia Tenggara dengan kepadatan seramai 620 juta orang.

Menurut BBC, persaingan yang sengit dalam sektor pengakutan di Asia Tenggara telah menyebabkan Uber dan Grab menawarkan pelbagai diskaun dan promosi untuk menarik perhatian pengguna. Hal tersebut telah mengurangkan margin keuntungan kedua-dua syarikat.

Dalam usaha untuk meminimumkan masalah, Grab dan Uber sedang berusaha untuk memindahkan pemandu dan penunggang Uber, pelanggan Uber Eats, rakan kongsi dan rakan kongsi dalam penghantaran kepada platform Grab.

 New York Post

Menurut laman web Grab, aplikasi Uber akan terus beroperasi selama dua minggu, sementara Uber Eats akan berjalan hingga akhir bulan Mei.

Sementara itu, perkhidmatan GrabFood akan berkembang dari dua negara yang sedia ada kepada semua negara utama di Asia Tenggara pada suku tahun depan.

Perjanjian ini menandakan penarikan Uber Asia Tenggara daripada operasi antarabangsa Uber. Uber menjual perniagaanya di China kepada saingan tempatan, Didi Chuxing pada tahun 2016 dan perniagaan di Rusia kepada Yandex pada tahun lepas.

Danish Siddiqui/Reuters

Menurut BBC, pada tahun lepas, Uber kehilangan USD4.5 bilion (RM17.5 juta) serta ketua pegawai eksekutifnya, Travis Kalanick. Kalanick menerima 17.5% kepentingan dalam Didi Chuxing hasil daripada jualan perniagaan tersebut kepada syarikat tempatan itu.

Sejak Dara Khosrowshahi mengambil alih sebagai ketua eksekutif operasi di Rusia, beliau telah memberi tumpuan untuk mengukuhkan tahap kewangan syarikat tersebut sebagai persediaan untuk permulaan tawaran awam pada tahun 2019.

Garb baru-baru ini dinilaikan pada harga USD6 bilion (RM23.4bilion), kini menawarkan perkhidmatan di lebih daripada 190 bandaraya di seluruh Asia Tenggara.

 Edgar Su/Reuters

Era Baru

Share
Kategori: Automobil Korporat

Video Popular

Ad will display in 09 seconds