GAYA HIDUP, Keluarga, KESIHATAN, VIDEO

Rakaman detik cemas dua orang anggota polis cuba menyelamatkan seorang bayi berusia 2 bulan yang tercekik!

Rakaman detik cemas dua orang anggota polis cuba menyelamatkan seorang bayi berusia 2 bulan yang tercekik!

Baru-baru ini viral sebuah video yang menunjukkan dua orang pegawai polis yang sedang menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia 2 bulan yang sedang tercekik.

Kejadian yang berlaku di Ohio ini menyaksikan dua orang pegawai polis, Ryan Sidders dan Alex Oklander dari Jabatan Polis Shaker Heights mendekati sebuah kereta pada pagi Selasa.

Selepas menyedari pemandu itu berada dalam kesusahan, Pegawai Oklander segera membawa keluar bayi tersebut dari tempat duduk belakang kereta tersebut.

“Dia sedang tercekik,” kata Sidders kepada rakannya sambil rakannya memulakan teknik penyelamatan ke atas bati perempuan itu.

Oklander kemudian menghalakan wajah bayi itu ke bawah dan mula menepuk perlahan bahagian belakang tubuhnya sehingga bayi itu mengeluarkan semula susu yang tersekat di kerongkongnya.

“Baiklah, dia kini sudah boleh bernafas,” kata Sidders sebelum menyerahkan bayi tersebut kepada ibunya.

JIKA PERKARA INI TERJADI KEPADA ANDA, APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN?

TEKNIK TEKAN PERUT (Manuver Heimlich)

Teknik menekan perut dilakukan supaya penolakan udara secara mengejut ke laluan trakea dari diafragma boleh menolak keluar objek atau makanan yang tersekat.

Jika kanak-kanak masih boleh bernafas:

1) Jika kanak-kanak yang sedang tersedak atau tercekik masih boleh bernafas dan bercakap, ini bermakna laluan pernafasan masih ada.

2) Jangan cuba keluarkan objek atau makanan yang tersekat kerana ia mungkin akan menolaknya lebih dalam.

3) Apa yang perlu dilakukan ialah dengan memberi perhatian penuh ketika kanak-kanak itu batuk sehingga dia kembali bernafas seperti biasa.

Apa yang perlu lakukan jika kanak-kanak tidak boleh bernafas?

1) Minta bantuan kecemasan.

2) Jika kanak-kanak itu sedar tetapi tidak boleh bernafas atau bercakap atau mula menjadi biru, gunakan teknik menekan perut.

Jika kanak-kanak tidak sedar dan tidak bernafas:

1) Minta bantuan kecemasan.

2) Teruskan dengan teknik CPR, jangan biarkan kanak-kanak tidak sedarkan diri.

Bagi bayi berumur di bawah 1 tahun dan dalam keadaan sedar:

1) Gunakan lengan anda, halakan kepala dan muka bayi ke bawah, dengan disokong oleh paha.

2) Pastikan torso bayi lebih tinggi daripada kepala

3) Tepuk bahagian belakang, antara tulang belikat bayi menggunakan tapak tangan sehingga lima kali.


Teknik Manuver Heimlich ke atas bayi.-sumber:http://www.webmd.com/

4) Seterusnya, pusingkan bayi sambil terus menyokong kepala dan lehernya.

5) Jika objek masih tidak keluar dari laluan pernafasan, tekan bahagian dada atau di tengah-tengah sternum menggunakan 2 atau 3 jari dengan cepat sehingga 5 kali.


Teknik Manuver Heimlich ke atas bayi.-sumber:http://www.webmd.com/

Tepuk bahagian belakang bayi dan tekan di bahagian dada sehingga objek keluar. Jika ia tidak diteruskan anak mungkin tidak sedarkan diri.

Jika bayi masih tidak bernafas, anda boleh membuka laluan pernafasan dengan meletakkan ibu jari di mulut anak dan genggam gigi kacip atau gusi. Bahagian rahang perlu dinaikkan supaya anda boleh melihat objek yang tersekat.

Jangan cuba keluarkan objek tersebut melainkan jika obkej tersebut dapat dilihat dengan jelas. Hal ini kerana anda mungkin akan tertolak semula objek tersebut  ke dalam tekak anak dan keadaan ini dikatakan lebih merbahaya. Selain itu, jika perlu lakukan teknik CPR ke atas anak kecil anda.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...