Automobil, NASIONAL

Koleksi kenderaan Sultan Johor curi tumpuan pengunjung pada acara MBW 2018 di MAEPS

Koleksi kenderaan Sultan Johor curi tumpuan pengunjung pada acara MBW 2018 di MAEPS

SERDANG – Koleksi kenderaan milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menjadi antara kenderaan yang turut memeriahkan acara Malaysia Bike Week (MBW) 2018.

Pengunjung yang datang ke acara tersebut yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS), sepanjang 23 hingga 25 Mac, terkejut apabila melihat kenderaan milik sultan seperti kereta beroda tiga Morgan dari Britain dan bas yang tiba di MAEPS.

“Ini adalah satu koleksi eksklusif yang luar biasa, saya tidak fikir anda boleh melihatnya di mana-mana sahaja,” kata Fauzan Rahmat, 35, salah seorang pengunjung yang hadir ke acara itu.

“Sebagai peminat sukan bermotor, saya sangat teruja ketika melihat koleksi kenderaan Sultan.

“Ini kerana pada acara-acara lain, kita biasanya melihat pameran kenderaan atau motosikal yang telah diubah suai. Pada tahun ini, kita dapat melihat sesuatu yang berbeza sama sekali, apabila Sultan Johor sendiri bersetuju untuk mempamerkan koleksinya, “katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung lain, Rogayah Hashim, 41, mengatakan bahawa perasaam ingin tahu terhadap koleksi Sultan telah membuatkannya dan rakan-rakannya untuk hadir ke MBW.

“Saya ingin tahu tentang jenis kenderaan yang disukai oleh baginda. Selepas melihatnya, saya dapat mengatakan bahawa baginda mempunyai cita rasa yang unik dan halus dalam kenderaannya.

“Saya tidak dapat berhenti mengambil swafoto dengan koleksi kenderaan tersebut,” tambahnya lagi.

Hang NUqman, 40, berkata koleksi Sultan adalah sesuatu yang sangat dekat dengan baginda. Peluang seperti ini (untuk melihat koleksi) tidak selalunya berlaku.

Matlamat MBW 2018 adalah untuk menggabung dan merapatkan semua Persatuan Permotoran Malaysia bagi memupuk nilai peribadi dan kerjasama yang tinggi dalam kalangan penunggang.

Acara ini memberi peluang kepada syarikat tempatan untuk mempromosikan produk motosikal tempatan dan  dalam masa yang sama turut membantu pengunjung untuk membeli dan menjual motosikal.

Era Baru

Kategori:Automobil NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...